CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4875|Reply: 20

dendam semalam

[Copy link]
Post time 26-10-2010 03:36 PM | Show all posts |Read mode
cerpen ni pernah saya hantar dan tersiar di URTV keluaran nov 2009. saje je nak post utk tatapan korang semua,, harap bagi feedback yang membina ok,,, luv u olls..

DENDAM SEMALAM


Fatinmengeluh kecil sambil matanya tidak lekang memandang jam tangan yang eloktersisip di lengannya. Sudah hampir setengah jam dia tercongok di situ namunorang yang ditunggu masih belum menampakkan bayangnya. Matanya tidakhenti-henti tertinjau-tinjau ke arah jalan raya yang agak lengang. Resahnyasemakin menjadi-jadi, bimbang orang yang ditunggu membatalkan pertemuansedangkan dia sudah sehabis daya melepaskan diri daripada kawalan ibunyasemata-mata untuk bertemu dengannya.

Sepuluh minitberlalu, wajah kelatnya bertukar senyuman manis sebaik sahaja matanya mengesankehadiran kereta mewah yang meluncur laju dan terus berhenti betul-betul dihadapannya.

“Kenapa abang lambat?” Tanya Fatin tatkala punggungnya mencecah kerusi disebelah pemandu. Mulutnya sengaja dimuncungkan untuk memberitahu dirinya sedangmerajuk dan minta dipujuk.

“Maafsayang, Abang ada hal sikit kat pejabat tadi. Abang tak sengaja nak buat Fatintertunggu”

Fatin masihmengherotkan mulutnya. Alasan tadi dibiarkan sepi tanpa bersambut. Sudah acapkali Azman melontarkan alasan yang serupa. Alasan sebegini akan dihidangkanapabila dia terlewat pada pertemuan mereka.

“Sorry sayang. Lepas ni abang janjitakkan buat Fatin tunggu abang lagi. Ini kali terakhir Fatin tunggu abang.Lepas ni abang pulak yang akan tunggu Fatin. Abang janji.’ Azmanmengangkat sebelah tanganya seolah-olah bersumpah. Fatin mula menguntum senyum, hatinya terpujukmelihat kesungguhan Azman memujuknya.

“Macam ini lah baru manis. Sekarang abangakan bawak Fatin pergi mana Fatin nak pergi, Fatin nak apa, cakap je katabang, abang akan belikan.”.

Hati Fatinsemakin berbunga. Ternyata Azman begitu memahami dirinya.




Azmanmenapak malas menuju ke kamarnya. Keletihan begitu dirasakan saat ini. Hampirsetengah hari dia menghabiskan masa bersama Fatin, mengikut ke mana saja kakigadis itu melangkah dari satu kedai ke kedai yang lain. Hampir empat jamkakinya dipaksa berjalan untuk mengikut rentak gadis yang seolah-olah tidakmengenal erti penat dan lelah itu. Mujurlah selepas itu cadangannya untukmenonton wayang disambut baik oleh Fatin. Bolehlah dia merehatkan dirisekurang-kurangnya untuk tempoh dua jam sebelum kakinya dipaksa bekerja lagi.

Diamenghempaskan badannya
ke katil yangsetia menantinya saban saat. Rasa selesa menular ke segenap urat sarafnya.Hasrat untuk membersihkan badan ditangguhkan demi menikmati rasa selesa yangbermukim disegenap ruang tubuhnya. Dia mengiringkan badanya untuk mencari lebihkeselesaan. Matanya memandang figura badannya yang terpancul dari cermin mejasolek yang betul-betul menghadap ke arahnya.

Wajahnya yangsemakin cengkung dan tubuhnya yang semakin susut nampak begitu ketara. Sudahenam bulan peristiwa tersebut berlalu, namun mindanya masih tidak jemumenayangkan ulangan peristiwa tersebut. Berulang-ulang umpama sebuah tayanganfilem.

“Anis,terima kasih sayang kerana sudi menjadi suri
hati Abang. Abang takkan sia-siakan hidup Anis, sepenuh kasih sayang Abanghanya tertumpah untuk diri Anis seorang.” Kata-kata keramat diselaputikeikhlasan itu diluahkan pada malam perkahwinan mereka dua tahun yang lalu..Percintaan yang sudah terjalin selama tiga tahun itu akhirnya dimeterai denganikatan perkahwinan. Bagi Azman, itulah saat paling bahagia yang pernahdikecapinya.

“Anis bertuah dapat memiliki Abang, bagi Anis Abang adalah segala-segalanya.Anis sayangkan Abang.” Jawapan tulus daripada seorang isteri yang dicintaisegenap ruang hati ternyata manambahkan kebahagiaan yang sedia tersulam. Dahi
isterinya dikucup lembut.


Ternyatahari-hari yang mereka lalui semakin menyenangkan. Pertambahan usia perkahwinanayang dibina atas dasar kasih sayang tidak sedikit pun melunturkan kebahagiaanyang sedang dinikmati. Ternyata memilih Anis adalah pilihan yang paling tepatpernah dilakukan Azman. Semakin hari cintanya semakin bercambah untuk wanitaitu. Tetapi siapa menduga, dalam kebahagian yang baru sekejap dikecapi,perkahwinan mereka yang baru mencecah setahun setengah akhirnya dilanda badai.

“Abang..” Anis memanggil lembut suaminya. Sudahdua bulan perkara ini dipendam kejap di dalam hatinya. Malam ini dia sudahtidak mampu menanggung beban yang semakin sarat di dalam dadanya. Jauh di suduthatinya rasa berdosa begitu menggigit tangkai hatinya, dan kerana itulah diaperlu menamatkan segalanya pada malam ini. Azman meletakkan majalah yangbaru dibukanya. Wajah Anis dipandang lembut. Tanda cinta seorang suami terhadapisterinya.

“apadia sayang?”

Lama diamenunggu Anis membuka bicara. Setelah agak lama menanti, dia menarik tanganAnis kepangkuannya.

“ Sayang nakcakap apa?” nadanya tidak berubah. Masih lembut seperti tadi.

“ Anis nak abanglepaskan Anis..” Anis menutur perlahan. Cukup perlahan
namun masih lagi mampu sampai ke pendengaranAzman.

Bicara anisternyata begitu memeranjatkan. Wajah tenang Azman kini sudah bertukar corak.Namun seketika kemudian dia kembali mengukir senyuman.

.“Tapi abangtahu, Anis cuma bergurau kan?”Dia bertanya lembut. Cubamengusir kegusaran yang semakin hebat menikam hatinya.

“ Anis tak bergurauabang. Anis tak layak jadi isteri abang lagi. Lepaskan Anis.”

“Tapi kenapa?Bagi abang Anis dah cukup sempurna. Atau abang dah tak mampu bahagiakan Anis?”

“Ampunkan Anis Abang, Anis bukan isteri yang baik, Anis menduakan Abang. Abangdah cukup baik terhadap Anis, tapi dibelakang Abang Anis main kayu tiga…lepaskan Anis, Anis tak mahu terus hidup dalam gelombang dosa, mungkin inijalan yang terbaik untuk kita..” Bagaikan terkena renjatan elektrik, Azmanmembeliakkan matanya, tanganya yang masih memegang tangan isterinya direntappantas. Mukanya terasa panas tiba-tiba. Ayat demi ayat yang diluahkan Anismerobek
jiwa dan impiannya. Bibirnyabergetar menahan gelojak hebat yang melanda jiwanya.

“Siapa dia Anis? Siapa?” dia bertanya separuh menjerit. Anis hanya membatu.Esakan kecil kini sudah bertukar rentak dan nada.

“ Siapa lelaki tu Anis?” tempikannyabergegar memenuhi ruang kamar. Hatinya terdera
dengan sikap membatu isterinya.

“Diamajikan Anis” akhirnya terlontar jawapan yang begitu memeritkan pada pendengaranAzman.

“lupakan dia, Abang sanggup terima Anis .. Anis tak boleh tinggalkan Abang.”

Esakan Anissemakin kuat. Dalam kepayahan dia
bersuara,

“ Anis dan dia sudah lebih daripada batas-batasyang sepatutnya.. Kami sudah terlanjur jauh.. ampunkan Anis Abang..’ Tutur Anisdalam esakan yang masih tidak surut. Azman menarik nafasnya panjang dan dalam. PengakuanAnis umpama
sebilah belati yangmenyiat-nyiat sekeping hatinya. Lama mereka terdiam, membiarkan kesunyianmenguasai suasana.

“ Anis pergilah,Abang ceraikan Anis dengan talak satu”

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-10-2010 03:37 PM | Show all posts
sambungannya..



Azman hanya membiarkan sepasang tangan lembut milik Fatin mengelus-ngelus rambutnya. Angin pantai yang berpuput lembut terasa begitu mendamaikan. Sudah dua hari mereka bercuti di pulau ini. Sesekali lari daripada hiruk pikuk kesibukan kota memberikan suasana yang begitu menyenangkan buat mereka berdua.
“ Fatin sayang Abang?”
Fatin hanya tersenyum malu. Sepanjang tiga bulan perkenalan mereka, tidak dapat dinafikan perasaan sayangnya kepada lelaki ini semakin bercambah. Biarpun Azman jauh berusia berbanding dengan dirinya, namun ini bukan halangan untuk mereka memadu asmara dan mengikat janji.
“ Fatin sayang sangat-sangat kat Abang, kalau Fatin tak sayang Abang, takkan Fatin sanggup ikut abang datang pulau ni.” Celotehnya manja.
“Papa dan mama Fatin tahu Fatin ikut abang datang sini?’
‘Papa dan mama tak tahu Fatin datang sini.. Fatin cakap Fatin tidur rumah Mimi. Peperiksaan pun dah hampir, jadi mama ingat Fatin pergi untuk ulangkaji bersama-sama Mimi.’   
Terkekeh Azman demi mendengar jawapan. Sememangnya Fatin sangat pakar di dalam hal-hal sebegini. Sudah banyak kali kedua orang tua Fatin termakan kelentong yang dimainkan oleh Fatin. Walaupun kawalan ketat sudah diberikan namun anak gadis yang baru mencecah usia 16 tahun ini masih mampu melepaskan diri.
“Kalau papa dan mama tahu Fatin keluar dengan Abang, mereka marah Fatin tak?”
“Mestilah marah, sebab Fatin kan masih sekolah lagi. Tapi papa selalu tak ada kat rumah,  sejak papa beristeri lain, dia jarang ada kat rumah. Cuma mama yang kawal Fatin, tapi mama senang dikelentong.” Terangnya panjang lebar.
Azman meraih tangan lembut Fatin sebelum mengucup lembut tangan gadis itu.
“ Abang janji, Fatin habis persekolahan tahun depan, Abang akan jumpa papa dan mama Fatin, Abang akan minta mereka restu hubungan kita. Lepas ni Fatin tak payahlah susah-susah menipu lagi untuk keluar dengan Abang..”
Fatin hanya mampu tersenyum bahagia.



2 bulan selepas…

Suasana gamat memenuhi ruang rumah Khairuddin. Suara tempikan yang  bertindih
dengan esakan bertalu-talu menghasilkan paduan kebisingan yang amat  membingitkan telinga. Di suatu sudut ruang tamu rumah besar itu , esakan  Fatin semakin menggila, tamparan keras daripada papanya sebentar tadi terasa sangat memeritkan. Dia menggosok pipi untuk meredakan kesakitan yang seakan tidak mahu surut.
“Cuba cakap siapa jantan tu?” soalan keras yang dilontarkan papanya hanya mampu dijawab dengan esakan. Hakikatnya dia sendiri tidak menduga dia sudah berbadan dua. Pagi tadi sebelum bersiap ke sekolah, dia jatuh pengsan secara tiba-tiba. Tatkala dirinya membuka mata, dia sudah berada di klinik dan disahkan berbadan dua.
“ Cakap dengan mama, anak siapa yang Fatin kandung ni?” Kali ini mamanya pula cuba mengambil pendekatan diplomasi. Khairuddin sudah menyisihkan diri ke belakang, cuba mengawal dirinya daripada terus mengasari anak perempuan yang sudah membuat onar dalam keluarganya ini. Sebaik sahaja mendapat panggilan daripada isterinya yang memberitahu anaknya pengsan, terkocoh-kocoh dia pulang, namun dia tidak menyangka berita kehamilan anak bongsunya yang menanti kepulangannya.
“ Beritahu papa siapa siapa lelaki itu, atau Fatin terpaksa keluar daripada rumah papa.’ Dia mengendurkan suaranya namun masih kedengaran keras.
Fatin menahan esakan. Wajah Azman menari-nari di ruang matanya. Walaupun apa pun yang berlaku Azman harus bertanggungjawab. Dia tidak mampu menanggung segala penderitaan ini keseorangan.
“ Ini anak Abang Azman pa, papa tak kenal dia,sebab Fatin tak pernah kenalkan dia dengan papa selama ini” tuturnya perlahan. Pandangan menyinga papanya tidak mampu untuk dibalas. Pandangannya hanya ditekur ke lantai.
“Dia tinggal kat mana?” Khairuddin bersoal lagi. Kali ini agak lembut sedikit nada yang diucapkan. Fatin hanya menjawab tenang soalan yang dilontar. dia sudah menduga sekejap lagi papanya pasti akan kesana untuk memaklumkan perihal kehamilannya sekaligus meminta lelaki itu bertanggung jawab, dan dia yakin Azman pasti bersetuju untuk mengahwininya.
“ Fatin ikut papa. Kita pergi ke balai polis. Lelaki itu akan didakwa kerana merogol gadis di bawah umur.”
Fatin hanya mampu tersentak.


Ketukan bertalu-talu dari pintu hadapan memaksa Azaman mempercepatkan langkahanya. Dia baru sahaja selesai membersihkan badan sebelum ketukan itu sampai di pendengarannya. Seminit kemudian dia sudah berada di depan pintu utama rumahnya. Demi memandang tiga lelaki berseragam lengkap itu, dia sudah dapat menggagak tujuan kedatangan mereka. Fatin sudah menghantar pesanan ringkas melalui telefon kepadanya petang tadi memberitahu segala yang terjadi.  Dia hanya tersenyum memandang wajah asing didepannya, menghulurkan kedua belah tangannya untuk sedia di gari tanpa sempat mereka memperkenalkan diri.
“ Sayang, Abang dah berjaya porak poranda kan kebahagiaan keluarga Khairuddin, seperti mana dia dah hancurkan kebahagiaan milik kita. Abang terlalu sayangkan Anis dan Khairuddin terpaksa membayar kerana merampas Anis dari abang,.” Hatinya bermonolog sendirian dan tawanya meletus tiba-tiba.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2010 03:43 PM | Show all posts
mama, dah ending dah ke??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-10-2010 03:47 PM | Show all posts
dah,, i suka buat ending tergantung mcm ni,, suh pembaca wat spekulasi sendirik,, hehe
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2010 03:48 PM | Show all posts
Wah, bagus TT ni...bagus cerita-cerita mama-jahat....aduh takut nak taip nick...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-10-2010 03:50 PM | Show all posts
cerita ni i dapat dari khayalan sebelum waktu tido,, then i terjemahkan dalam bentuk bahasa.. thanks sbb suka cerita ni..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-10-2010 04:50 PM | Show all posts
suka cerita ni
short & simple
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2010 05:25 PM | Show all posts
citer ni pun best...x meleret, pendek dan padat....
baru la blh dikatakan cerpen....
plot cerita bersambung dgn baik sekali....
tahniah teruskan menullis...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-10-2010 05:49 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2010 06:16 PM | Show all posts
eemm..best cerpen ni..
walaupun rasa cam tergantung..
tp sesua aar ngan tajuknya..
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2010 09:30 PM | Show all posts
mama, welcome to WR
betapa cintanya azman terhadap anis sampai sanggup berdendam...
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2010 10:49 PM | Show all posts
best....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-10-2010 12:15 AM | Show all posts
hanya kerana dendam,, manusia hilang kewarasannya...
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2010 03:04 AM | Show all posts
hang cuba terbit buku tengok, kalau luck ada pengarah sudi buat filem
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2010 01:02 PM | Show all posts
maksud hang, buat novel ke??
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2010 01:25 PM | Show all posts
tertanya2 apa jd pd anis.. ??? cinta itu buta kan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2010 01:34 PM | Show all posts
sangat menusuk hingga ke dalam kalbu ....... bagus coretan mama
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2012 02:42 PM | Show all posts
best gak...
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2012 05:21 PM | Show all posts
lah dia balas dendam rupenye. mana anis tu menghilang??
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2012 03:33 PM | Show all posts
x de sambungan ke..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 02:03 PM GMT+8 , Processed in 0.250024 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list