CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 21059|Reply: 53

KISAH ISTERI CURANG

[Copy link]
Post time 26-10-2010 04:01 PM | Show all posts |Read mode
Kisah 1

D merupakan seorang pelajar di IPTA A. Semasa belajar beliau berkenalan dengan seorang ahli perniagaan yang 5 tahun lagi tua daripadanya. Selepas bercinta mereka berkhawin tidak lama kemudian semasa D masih pelajar. Selepas 10 tahun dan 3 orang anak, D mula bekerja semula dan mempunyai kerjaya sendiri. Pada masa itu beliau berjumpa dengan kekasih pertamanya di alam persekolahan yang merupakan seorang pegawai berpangkat tinggi. Akibat nafsu dan tamak D menjalinkan hubungan sulit dengan bekas kekasihnya yang juga sudah berkhawin. Setiap kalli 'berdating' dia akan guna alasan keluar dengan kawan. Hubungan mereka serius tetapi masih dirahsiakan.

Kisah 2

S merupakan seorang pelajar di IPTA semasa berjumpa dengan K yang juga teman sekelas. K merupakan teman lelaki pertama S. Selepas tamat belajar mereka berkhawin walaupun ditentang oleh keluarga S yang tidak menyukai K kerana beliau datang dari keluarga yang miskin. Selepas berkhawin keluarga S memulaukan mereka tetapi S masih setia dan meyayangi K. Walaupun begitu, kesetiaan S tidak dihargai K dan semasa perkhawinan masih baru, K membuat hubungan sulit beberapa kali atas alasan terasa bosan dan tertekan. Selepas 3 orang anak, K mula berubah sikapnya dan cuba menjadi lelaki yang baik...namun pada masa itu S sudah berdendam dengan K dan mula berjinak-jinak dengan kenalan lelaki. Selepas itu S sudah mempunyai dua teman lelaki yang beliau pergunakan untuk membalas dendam kepada K yang sudah insaf.

Ini antara kisah curang isteri...apa pendapat anda sebagai lelaki, adakah ego anda akan tercalar jika isteri anda bermadu kasih dengan lelaki lain...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2010 04:29 PM | Show all posts
ermmm..kawan i isteri dia curang..terang-terangan tapi kawan i ni boleh terima isteri dia semula...ermmm mesti isteri dia dah guna2 kan kawan i..maklumlah isterinya org kelantan..
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2010 04:48 PM | Show all posts
kes pertama..campak je

kes ke-2 dr buat dosa baik ceraikan
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2010 05:02 PM | Show all posts
rasa macam tengah baca novel alaf 21 je
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2010 05:49 PM | Show all posts
erkk apa yg popuan tu pikir ek bila curang ngan somi
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2010 05:54 PM | Show all posts
ceraikan jelar....daripada buat dosa mcm tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-10-2010 05:55 PM | Show all posts
mohon di jauhkan daripada dapat isteri yg curang.....
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2010 06:02 PM | Show all posts
ala ! mesti ade sebab kenape curang! kurang layanan ke??? kekadang mungkin jugak si suami tu tak pandai nak ambik hati isteri! dok straight forward je! tambah plak isteri muda  laki tua skit, mula ler service laki tak berapa nak excellent!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2010 08:41 PM | Show all posts
Post Last Edit by matlampir at 26-10-2010 20:42

Jangankan lelaki biasa, nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.
Masih mencari walau ada segalanya.
Apa yang tiada dalam syurga? Namun adam tetap rindukan hawa.

Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok.
Untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah,
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah mereka dengan
panduan
darinya. Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka
semakin
liar. Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan
semakin derita. Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal.
Di situlah punca kekuatan dunia.

Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu. Hati serapuh kaca,
Kuatkanlah ia dengan iman...
Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak.

Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya...
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rabbi...
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan
suatu kelemahan..
Ia bukan diskriminasi Allah... sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah...

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya...
Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan...
Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus...
Bahkan akan semakin membengkok...
Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbinya...

Bila wanita menjadi derhaka... pasti dunia lelaki akan
menjadi huru hara....
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan
semata-mata...
Tapi binalah kepimpinan...
Pastikan sebelum wanita menuju ilahi, pimpinlah diri
kepadanya...
Jinakkan diri kepada Allah...
Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah
pimpinanmu...
Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra'
Seandainya dirimu tidak sehebat saidina Ali karamallahuwajhah
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2010 09:08 PM | Show all posts
kalau tak nak kongi dosa..ceraikan jer..
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2010 09:52 PM | Show all posts
byk dah benda camni berlaku pd zaman skang... klau boleh kita elakkan.. kita elakkanlah..
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2010 11:37 PM | Show all posts
buat apa nak ada scandal? nak kat pasangan buat cara nak... kalu dah x nak, cerai je lah... itu lebih baik dari menambah dosa yg dah sememangnya banyak.... Nauzubillah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-10-2010 08:59 AM | Show all posts
Jangankan lelaki biasa, nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lela ...
matlampir Post at 26-10-2010 20:41



wah hebat post ni...matlampir dah kawen ke lum?
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2010 09:25 AM | Show all posts
yang halal tu kurang sedap dan kurang nikmat compare ngan yg terlarang...

sebab yg tak halal tulah ada ajinomoto, secukup rasa dan sebagainya... setan iblis dok gelapkan mata dengan pandangan syahwat pada yg terlarang nih...

yg halal,  setan lak dok himpit kat tinger... " makan luarrrr.... makan luarrrr.."
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2010 07:59 AM | Show all posts
zmn skrg  ni org dh xtakut dosa la...dosa xnmpak,wat pahala lg la x nmpak...
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2010 08:46 AM | Show all posts
wah hebat post ni...matlampir dah kawen ke lum?
nur_2010 Post at 27-10-2010 08:59

saya bujang lagi...bujang 3
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2010 09:08 AM | Show all posts
ek?? mintak simpang..
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2010 09:53 AM | Show all posts
ala ! mesti ade sebab kenape curang! kurang layanan ke??? kekadang mungkin jugak si suami tu tak pan ...
lizaliza Post at 26-10-2010 18:02



kalo dah bergelar isteri apa pun kekurangan/kecurangan suami bukanlah alasan utk dia berlaku curang


utk kes yg pertama tu...dr awal mmg dia dah tau lelaki tu tua..mesti dia pun dpt agak kemampuan lelaki tu...
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2010 10:03 AM | Show all posts
ermmm..kawan i isteri dia curang..terang-terangan tapi kawan i ni boleh terima isteri dia semula...e ...
rozetta Post at 26-10-2010 16:29


eh, apa kes plak dgn org kelantan?
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2010 10:34 AM | Show all posts
ni la masalah zaman sekarang...klu tak suami curang isteri yang curang...tapi isteri curang mmg sangat teruk bile dah berkahwin sbbnye bagi isteri segala2nye adelah suami dan keluarga...bagi si suami drg di benarkan utk lebih dari srg tetapi ade syarat2nye...dalam islam pon mmg ade menyatakan isteri wajib setia pada suami walau sejahat mane suami nye selagi si suami tak suruh buat bende2 yg langgar hukum hakam agama, tapi bagi lelaki mereka tak perlu setia pada isteri, tapi atas rase tanggungjawab si suami harus pkkan kebajikan si isteri...itu perlu...

sekadar berkongsi ilmu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 08:35 PM GMT+8 , Processed in 0.069827 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list