CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22177|Reply: 526

Edisi PRK DUN GALAS - mengundi hari ini. pas atau umno yg menang?

   Close [Copy link]
Post time 26-10-2010 04:26 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by sitihawa at 4-11-2010 09:36







umno, pas, umno, pas, umno, pas (singkat labuh singkat labuh singkat labuh )




gambar sekitar penamaan calon, lagi gambar disini http://kerabubersuara.blogspot.com/2010/10/30-gambar-menarik-tok-guru-nik-aziz-dan.html


jangan gaduh2 ya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2010 05:04 PM | Show all posts
Satu lawan satu di Galas
26 10 2010

Pilihanraya Kecil kerusi Kelantan DUN N45 Galas menyaksikan pertandingan satu lawan satu di antara calon Barisan Nasional dan calon PAS. Pengumuman dibuat oleh Suruhanjaya Pilihanraya yang secara rasminya juga menandakan tempoh berkempen telah bermula.

Calon Barisan Nasional Abdul Aziz Yusoff akan ditentang oleh calon PAS Dr. Zulkefli Mohamad setelah bantahan yang dibuat oleh pihak PAS terhadap calon BN ditolak.

Bagaimanapun, sehingga lewat malam tadi ketidakpastian tentang kesahihan Dr. Zulkefli kekal sebagai calon PAS wujud akibat penentangan oleh segelintir pihak dalam PAS. Penentangan itu dikatakan berpunca daripada Dewan Pemuda PAS Gua Musang yang mahukan Ketua Dewan Pemuda mereka, Abdullah Hussain dipilih sebagai calon.

Ketidakpastian itu berterusan walaupun Abdullah dikatakan telah memberitahu penyokong-penyokongnya supaya menerima keputusan pucuk pimpinan parti. Abdullah juga telah bersetuju menjadi pencadang kepada pencalonan Dr. Zulkefli.

Bagaimanapun, beberapa pihak dimaklumkan oleh pimpinan Dewan Pemuda PAS Malaysia lewat malam tadi bahawa mereka masih mengharapkan perubahan dibuat dan Abdullah dinamakan sebagai calon.

Tidak dapat dipastikan apakah punca sebenar penolakan Dr. Zulkefli tetapi pihak luar dari PAS Kelantan membuat spekulasi berkisar kepada sentimen bahawa Dr. Zulkefli adalah calon yang sentiasa kalah di Gua Musang dan bukan anak tempatan Galas. Dr. Zulkefli selepas diumumkan sebagai calon PAS telah menolak dakwaan sebuah blog UMNO bahawa beliau pernah ditangkap basah.

Pihak media juga kebingungan dengan status perkahwinan Dr. Zulkefli kerana menurut mereka yang hadir sewaktu pengumuman nama calon PAS minggu lepas, Dr. Zulkefli dikatakan sebagai seorang bujang. Tetapi di dalam sidang media menafikan beliau pernah ditangkap basah, Dr. Zulkefli dikatakan menyebut nama seorang perempuan sebagai isterinya.

Sementara itu, sehingga pengumuman yang dibuat oleh SPR tadi masih terdapat ketidakpastian berhubung kesahihan PAS akan meletakan calon kerana terdapat desas-desus bahawa satu perjanjian yang ditandatangani oleh Pesuruhjaya PAS Kelantan dan bersaksikan Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan dengan pihak BN yang antara lain menyatakan persetujuan PAS untuk tidak meletakkan calon sekiranya BN menerima beberapa syarat yang ditetapkan. (Sini)

Bagaimanapun, dengan pengumuman SPR tadi, kedua-dua pihak yang bertanding sudah boleh menggerakkan sepenuhnya jentera kempen mereka dan pemilih berdaftar di DUN Galas akan membuang undi pada 4 November 2010.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2010 05:13 PM | Show all posts
jgn lupa mengundi
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2010 05:13 PM | Show all posts
oh.. ada artikel menarik aku baca kat star tadi
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2010 05:14 PM | Show all posts
Battle lines are drawn
Analysis
By JOCELINE TAN


The much-talked about secret deal for PAS to give Tengku Razaleigh Hamzah a walkover win in the Galas by-election seems to have fizzled out and the campaign looks set to take off today.

IN Kelantan, the talk is that the Galas by-election will be a fight between two superstars, namely Tengku Razaleigh Hamzah and Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

The actual candidates, the Universiti Malaya-trained medical doctor Dr Zulkefli Mohamed from PAS and ex-civil servant Abdul Aziz Yusoff from the Barisan Nasional, will be playing supporting roles in the contest which will begin today after they file their nomination papers.

Both Tengku Razaleigh and Nik Aziz are larger than life personalities who command their own spheres of moral authority although the Kelantan Mentri Besar’s clout has overshadowed that of the Kelantan prince.


Election fever: Barisan flags have been put up in the Galas state constituency ahead of nomination today.
PAS dominates in Kelantan but Gua Musang, where Galas is located, has always been the fiefdom of Tengku Razaleigh. That should more or less even up things between Umno and PAS.

The prince’s perceived hold over Gua Musang also explains why PAS, which is the incumbent in Galas, is declaring itself the underdog in the race.

“We have only 48% support at this point in time,” claimed PAS election adviser Datuk Wan Rahim Wan Abdullah.

Wan Rahim’s calculation is based on the 6% vote swing in last year’s by-election in neighbouring Manek Urai where PAS scrapped through by 65 votes. A similar 6% vote swing in Galas which PAS won by only 646 votes in 2008 would mean losing the seat to Umno.

But every by-election is different and more so in Galas. The constituency has the largest proportion of Chinese voters in Kelantan.

This is not going to be another Malay fight. The Chinese make up 22% of the voters here and this group will decide the elections. This was obvious from the way MCA politicians began making a beeline to the town even before the Barisan candidate could be confirmed.

Issues surrounding the Chinese in Galas are not going to be the usual political staples of pork, alcohol, Chinese schools and infrastructure.

The big issue among the Chinese in Kelantan today is land ownership and land titles. Land is a state matter and it will be interesting to see how this hot potato issue plays out in the days ahead.

The MCA has a lot on its shoulders even if the burden of winning back the seat rests squarely on Tengku Razaleigh.

In the days leading to the nominations, there was much talk of PAS and Umno trying to strike a deal to avoid a contest. The theory was that PAS was being persuaded to give Tengku Razaleigh a walkover in exchange for the Kelantan government’s demands over the oil royalties.

Some political insiders claimed the deal was still being pursued till late yesterday. But the idea was apparently not very popular among the PAS grassroots who felt the party should fight for a seat that had belonged to them.

PAS flags have been fluttering all over Galas the last one week. The party may be singing the underdog song but it is in it to win.

In the earlier years, Tengku Razaleigh’s blue-blood standing gave him a royal edge over PAS.

These days, PAS has the backing of no less than Sultan Muhammad V who has a very comfortable working relationship with the state government. The sovereign recently officiated at a ceremony to commemorate the 20th year of PAS rule in Kelantan.

On Friday, the Sultan, who was on the way to Kuala Lumpur via Gua Musang, stopped to pray at the mosque in Kuala Krai before stopping at Galas where he handed over land titles to more than 100 people in connection to the Ladang Rakyat scheme in Gua Musang.

It was significant on two counts. One, the fact that issues of land were being addressed at this highly political point in time; two, the presence of no less than the Sultan at the event.

Galas will be fought at many levels. Apart from a show of force between Tengku Razaleigh and Nik Aziz, it will also provide a hint of whether Umno has a fighting chance in Kelantan in the next general election.

Both men are ageing forces in their respective parties. A win would give them an extended political lease of life. There is also the royalty factor given that the Sultan and his uncle Tengku Razaleigh are not exactly on the same page.

Tengku Razaleigh will lead the Barisan delegation to the nomination centre today. The royal politician has his own ideas and plans on how the Umno campaign should be run but so much has changed since PAS took over in 1990 and all these changes will be put to the test over the next few days.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2010 05:26 PM | Show all posts
Latar belakang beza tak jejas calon BN
26/10/2010 3:39pm

GUA MUSANG 26 Okt. - Perbezaan latar belakang pendidikan antara calon Barisan Nasional (BN) Abdul Aziz Yusoff dengan calon Pas Zulkefli Mohamed, diyakini tidak akan menjejaskan peluang BN untuk merampas semula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.

Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Abdul Aziz, 49, mempunyai kelebihan tersendiri selaku anak tempatan dan telah lama berkhidmat dengan masyarakat di Gua Musang terutamanya kawasan Galas.

"Latar belakang pendidikan bukan isu sama sekali, rakyat kini lebih berfikiran terbuka dan mereka mahukan wakil rakyat yang mampu memberi perkhidmatan kepada mereka.

"Kalau calon itu berkelulusan tinggi dan mengamalkan bidang perubatan di kawasan lain, maka sudah tentu beliau tidak dapat beri perhatian kepada kawasan ini," katanya kepada pemberita ketika ditemui di pusat penamaan calon di Pejabat Tanah dan Daerah Gua Musang di sini hari ini.

Sedangkan Abdul Aziz merupakan anak tempatan dan tinggal di sini selain pernah menjadi Pengurus Pejabat Operasi Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), sudah tentu perkhidmatan beliau kepada masyarakat dapat diteruskan kerana telah lama mempunyai jalinan rapat dengan masyarakat, kata Ahmad Zahid.

Selain itu, katanya melalui calon BN, kerajaan akan dapat menyalurkan lebih banyak peruntukan untuk pembangunan kawasan dan membantu rakyat miskin di Galas yang kebanyakanya bekerja sebagai petani. - Bernama
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-10-2010 05:34 PM | Show all posts
Bulan tak bersinar di Galas

Oleh: LUKMAN ABDULLAH DAN HELME HANAFI


Jika anda berkereta dari Kuala Lumpur ke Kelantan melalui lebuhraya Karak-Kuala Lipis, Galas terletak betul-betul di sempadan kawasan antara Merapoh dan Gua Musang.

Jalan yang terkenal dengan kejadian kemalangan bas yang meragut belasan nyawa di musim perayaan pada 2007.

Laluan dari Kuala Lipis ke Merapoh berliku dan sempit, jalan dua hala itu, memang boleh jadi perangkap maut bila-bila masa sahaja jika kita lalai.

Tapi sebaik tiba di Galas, jalannya lebih besar dan selesa. Galas adalah sempadan memisahkan antara Pahang dan Kelantan.

Biarpun kiri-kanan hutan, tapi laluannya tidak bahaya seperti sebelumnya. Dari situ, memerlukan 30 kilometer lagi berkereta baru sampai di Bandar Gua Musang.

Barangkali itulah juga gambaran sesuai yang dihadapi Barisan Nasional (BN) yang sejak tsunami politik Mac 2008.

Pilihanraya kecil Dun Galas ini adalah pilihanraya kecil yang ke 13 sejak Mac 2008.

Tapi inilah kali pertama BN terutamanya UMNO menghadapi pilihanraya dengan persiapan awal yang lancar.

Baik dari soal pemilihan pengarah pilihanraya hinggalah kepada soal menuntukan siapa calon terbaik BN, semuanya ‘ngam’ tanpa ada banyak ‘sogek’ yang boleh bikin cacat persiapan jentera.

Sejak Tengku Razaleigh Hamzah ( Ku Li) diumumkan sebagai pengarah pilihanraya kecil ini, terasa ‘angin kemenangan’ berat sebelah BN.

Galas mempunyai 11,553 pengundi berdaftar, dari jumlah itu 65.2 peratus adalah orang Melayu, 22 peratus Cina, 10 peratus Orang Asli dan 1.8 peratus India.

Kerusi N 45 Galas terletak dalam Parlimen Gua Musang, bersekali dengan Dun Nenggiri dan Paloh.

Ku Li bertanding di Gua Musang atau nama lamanya Hulu Kelantan sejak era Tun Razak lagi, biar berganti Perdana Menteri bahkan parti, beliau tetap pilihan penduduk Gua Musang.

“Ramai pengundi di sini yang saya kenal sejak 40 tahun yang lalu,” kata Ku Li kepada AgendaDaily selepas majlis pengumuman calon BN Ahad.

Hubungan peribadi puluhan tahun antara pemimpin dengan rakyat inilah yang menjadi sandaran terbaik BN berdepan dengan pilihanraya kali ini.

“Ku Li tahu Gua Musang seperti dia tahu tapak tangannya sendiri,” kata seorang pengikut setia kerabat di raja Kelantan itu.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2010 05:38 PM | Show all posts
kempen kat porem jugakkk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2010 05:39 PM | Show all posts
PRK Galas : Fitnah khalwat - blogger UmNO minta maaf


Calon PAS Dr Zulkefli Mohamad kelihatan melepasi ‘halangan pertama’ saingan dengan menegaskan beliau telah memutuskan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang membuat laporan fitnah kononnya pernah ditangkap khalwat.

Beliau berkata, pihak yang menyiarkan berita tersebut telah pun memohon maaf dan telah menyedari akan kesilapan yang dilakukan.

“Kes ini sudah selesai, saya tidak akan ambil tindakan undang-undang terhadap pihak tersebut,” kata beliau di sini hari ini.

“Blogger yang siarkan cerita itu sudah minta maaf secara terbuka dan menyedari ia adalah tidak benar,” kata beliau ketika ditemui selepas diumumkan sebagai calon PAS bagi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas di pusat penamaan calon di Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang hari ini.
Zulkefli Mohamad


Kelmarin, beliau dipetik berkata, laporan blog dan kemudian disiarkan oleh Umno Online adalah fitnah yang dilakukan dengan sengaja mahu memburukannya nama beliau.

Sehubungan itu beliau bersama peguamnya bercadang mengambil tindakan undang-undang sekiranya fitnah itu tidak ditarik balik.

“Tindakan pertama meminta fitnah dimansuhkan daripada laman web Umno Online dan sekiranya tidak dipatuhi tindakan selanjutnya akan menyusul.

“Kedua, tempoh tindakan bergantung kepada tindakan dilakukan Umno Online terhadap permintaan pertama itu,” katanya kelmarin.

Zulkefli sejak hujung minggu lalu menjadi sasaran media rasmi Umno iaitu Umno Online yang melaporkan bahawa beliau pernah ditangkap berkhalwat.

Serangan itu dibuat tidak sampai 24 jam selepas nama beliau diumumkan sebagai calon PAS - bloglistmalaysia
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2010 05:41 PM | Show all posts
KB ke Gua Musang pun dkt 3 j ni pulok nk masok ke Galas! Tunggu dan lihat je la....
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2010 02:49 PM | Show all posts
kiter tgk sape yg menang..
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2010 03:23 PM | Show all posts
selamat berkempen dan mengundi



******
www.freemalaysiakini.com
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2010 03:26 PM | Show all posts
apa la umco ni..buat banner pon guna water color je ke

Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2010 04:31 PM | Show all posts
apa la umco ni..buat banner pon guna water color je ke
cak! Post at 27-10-2010 03:26 PM


hampeh betol ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-10-2010 04:51 PM | Show all posts



Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2010 04:52 PM | Show all posts
sitihawa Post at 27-10-2010 16:51



    galak2 sungguh geng2 puteri umco nehh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-10-2010 04:55 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2010 04:57 PM | Show all posts
Cute jgk kakak yg berjoget tu...
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2010 05:04 PM | Show all posts
Masa perhimpunan agung Umco ari tuh ada perwakilan dari puteri umco ni kata cuba kurangkan budaya gedik dlm puteri umco...emmm maknanya mereka mmg mengakulah yg mereka ni mmg gediksss...hahahaha...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2010 09:07 AM | Show all posts
Reply 19# Isfa76


   

gediks cam gini ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 09:50 PM GMT+8 , Processed in 0.096334 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list