View: 3138|Reply: 12
|
Kulit Putih Disangka Hantu, Izubiela Tak Sangka Content Dibocorkan Mangsa Prank
[Copy link]
|
|
Usahawan dan influencer, Izubiela Zaffmarekan apabila video eksperimen sosial yang dirakamkannya ‘bocor’ sebelum dikongsi sendiri di platform media sosial miliknya.
Izubiela tampil menjelaskan bahawa video di mana dia lakukan untuk melihat reaksi orang ramai dan tujuan prank (gurauan) itu telah dikongsikan terlebih dahulu oleh ‘mangsa’ kepada pengguna TikTok popular (@dyamohamad90) hingga viral dengan tontonan melebihi 830,000.
IG Izubiela
“Ketika itu, saya sedang merakamkan video prank dengan duduk bersendirian memakai baju gelap di sebuah hentian bas di sekitar Shah Alam.
“Sebenarnya saya tak sangka, ‘mangsa’ bernama Amirul berkongsi video rakamannya sendiri dengan akaun TikTok popular yang sering membincangkan mengenai isu misteri sehingga ia tular di media sosial.
“Sebelum Amirul, ada beberapa mangsa termasuk dua wanita tetapi selepas sahaja prank selesai dirakamkan, krew kami mendekati mereka dan memberitahu ia hanya prank,” katanya.
Lain yang dirancang, video lain pula yang tular, pengasas produk Putih Gebu Izubiela ini tentunya menerima pelbagai komen daripada netizen.
“Saya tak sangka video yang tersebar viral sedangkan video sebenar belum saya kongsikan lagi. Saya tergelak membaca pelbagai komen mengenai rakaman tular terbabit. Ada yang mengatakan saya hantu putih melepak, ada yang mengatakan saya bunian dan macam-macam lagi.
“Sebelum video ini tular, saya juga terkejut rakaman nyanyian ‘suka-suka’ saya meraih perhatian YouTuber antarabangsa terkenal, Nephi yang membuat video reaksi terhadap video terbabit.
“Biarpun saya masih belajar dan baru dalam bidang nyanyian, saya terharu kerana Nephi memuji saya sebagai usahawan yang mempunyai kebolehan menyanyi. Perkara itu saya jadikan suntikan semangat untuk berusaha dengan lebih kuat.
“Saya pun baru sahaja tampil dengan single Biasa Dia bersama Cat Farish dan pujian terbabit membuatkan saya bersemangat untuk sama-sama memeriahkan industri muzik,” katanya lagi.
Sumber: Murai
|
|
|
|
|
|
|
|
aku xpaham kenapa depa nak putih sgt.
kertas putih pon xputih mcm depa |
|
|
|
|
|
|
|
Astaga produk apa ko jual tu? Nak bunuh orang ka. Sapa nak putih macam tu? |
|
|
|
|
|
|
|
kalau tu hantu, kau takkan terpikir pun dia hantu masa tu |
|
|
|
|
|
|
|
x cantik putih ruper itu... |
|
|
|
|
|
|
|
Kumpul lah duit berguni2 untuk dialisis nanti. Salamat po. |
|
|
|
|
|
|
|
Ni putih tak sihat la siot.. |
|
|
|
|
|
|
|
butohhhhhhhhh....dengan pompuan dyamohamad ngan amirol pun butoohhhhh...kiriman penonton konon.... hujung2 feeling putih melepak...padahal bleach kulit... jual produk merkuri bagai |
|
|
|
|
|
|
|
bleh la duduk dgn ina senduk putih macam xde darah..apa yg syok sgt ntah nak kata teringin nak jd pelakon tambahan twilight saga tak jugak..edward cullen pun surrender camnih!!! |
|
|
|
|
|
|
|
ciri2 orang yang akan meninggal awal due to organ failure, wait and see lah yaa |
|
|
|
|
|
|
|
lagi syg kulit putih dari buah pinggang sendiri.. |
|
|
|
|
|
|
|
Natey mana yang cakap macam barbie malaysia tu |
|
|
|
|
|
|
|
Tak ori putih ni dik… nampak sakit |
|
|
|
|
|
|
| |
|