View: 1079|Reply: 2
|
himun cadang nak guna EV car
[Copy link]
|
|
memandangkan harga petrol yg meningkat dan penyelenggaraan enjin petrol yg perlu pemerhatian yg kerap
(jaga minyak enjin, menyak gear, air coolant dan sebagainya)
membuatkan himun bercadang nak beralih kepada EV car.
himun ada buat perkiraan.
harap rakan2 boleh kongsi pendapat terhadap kira2 kasar yg himun buat ya.
harga sebuah EV car (contohnya nissan leaf) around rm 180 ribu.
full charged boleh bergerak sehingga 370 kilometer.
kadar pengecas di stesen pengecasan berbeza2 ikut wattage.
setakat nim yg termurah around rm36 sejam (boleh capai 80% penuh)
jarak perjalanan seharian (dari rumah ke opis dlm 20km) pergi dan balik
boleh mencapai 40km sehari.
so,
untuk fullcharged himun boleh bergerak selama 9 hari.
ini bermakna himun perlu cas kereta 3x sebulan.
rm36 x 3
= rm108 charging cost utk sebulan.
penggunaan setahun (108 x 12) around rm1296.
jumlah penggunaan sehingga abis bayar loan keta 9 tahun adalah rm11664.
amacam?
berbaloi ke idok??
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Penggunaan kereta EV ni masih baru di Malaysia, ramai yang tidak tahu kelebihan dan keburukannya berbanding kereta petrol. Kalau bab berbaloi ataupun tidak memandu kereta jenis EV, Spidey fikir sekiranya kita adalah heavy user maksudnya pemanduan setiap hari, mingguan ataupun bulanan adalah banyak, maka ia nampaknya sangat berbaloi jika menggunakan anggaran RM36 sejam untuk charge untuk sejauh 370 km perjalanan.
Namun, Himun perlu consider maintenance EV juga sebab komponen kenderaan EV pastinya berbeza dengan kereta petrol. |
|
|
|
|
|
|
|
rega ev 180 k cuma utk buat ulang alik gi kerja mcm tak berbaloi je baik ambik axia je
contoh (ni cuma anggaran je):-
axia full tank 33 liter
ron95 2.05 x 33 = Rm 67.65
fuel consumption 6.5 liter/100 km
travel distance 40 km = 2.6 liter
2.6 liter = Rm 5.33
30 hari = Rm 167.28
setahun = Rm 2007.36
Maintenance:-
engine oil fully synthetic 0w-20 - 3 liter + oil filter = Rm 150 every 6 month/10 000 km
air filter = Rm 22.88 every 12 month/20 000 km
spark plug = Rm 30.88 every 12 month/20 000 km
coolant 2 liter = Rm 57.76 every 18 month/30 000 km
gearbox atf 3 liter + filter + gasket = Rm 170.88 every 24 month/40 000 km
tyre size 14 x 4 = Rm 680 every 5 years
balancing + alignment = Rm 50
sembilan tahun dalam = Rm 5428.40
jadi minyak(anggap harga tak berubah dlm 9 tahun )+ maintenance = Rm 23494.64
harga Axia advance Rm 43190
43190 + 23494.64 = Rm 66684.64
kereta ev 180k - Axia 66684.64 = Rm 113315.36
lagi jimat pakai Axia
klu ada salah kira-kira sorry la
pening da byk sangat nombor
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|