|
Memandangkan masih tiada tarikh khusus dimaklumkan berhubung bila Justin Bieber akan kembali beraksi di pentas, orang ramai mengambil keputusan untuk mendapatkan semula wang pembelian tiket sejak konsert jelajah penyanyi itu ditangguhkan baru-baru ini.
Bagaimanapun, sudah hampir sebulan namun, peminat yang membeli tiket masih belum mendapat sebarang respons daripada pihak penganjur, PR Worldwide.
IG Justin
“Dear @PRWorldwide @GoLiveAsia, kebanyakan lokasi Justin Justice World Tour Asia sudah pun menerima bayaran balik dan sepatutnya, bayaran itu dibuat antara 21 Oktober hingga 21 November daripada pihak anda.
“Dan sehingga kini, tiada antara kami yang menerima bayaran balik untuk jelajah Malaysia. Berapa lama kami nak tunggu?” tulis akaun akaun Twitter @JusticeAsiaTour dalam satu ciapan.
Menerusi ciapan balas peminat yang turut membeli tiket, mesej yang dititipkan menerusi DM di Instagram juga tidak berbalas.
Namun, menerusi ciapan lain, GoLive memberitahu bayaran balik dijangka akan dilakukan pada Disember depan.
Konsert Justice World Tour dijadualkan berlangsung di Stadium Negara, Kuala Lumpur pada 22 Oktober lalu.
Tiket-tiket dijual bermula pada harga RM288 sehingga RM2,088 bagi pakej VIP.
Sumber: Gempak
|
|