CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1155|Reply: 1

Beyonce samai rekod pencalonan Grammy suami sendiri

[Copy link]
Post time 16-11-2022 07:50 PM | Show all posts |Read mode

BEYONCE kini menyamai rekod suaminya sendiri, Jay-Z sebagai pemuzik paling banyak menerima pencalonan Grammy Awards iaitu 88 nominasi.

Beyonce samai rekod pencalonan Grammy suami sendiri

DIVA pop, Beyonce melakar sejarah luar biasa acara berprestij, Grammy Awards ke-65 apabila menyamai rekod pencalonan suaminya sendiri, Jay-Z.

Beyonce atau nama sebenarnya, Beyoncé Giselle Knowles-Carter kini telah menerima 88 pencalonan Grammy Awards sepanjang karier nyanyiannya sekali gus menyamai rekod suami tersayang yang turut mengumpul jumlah pencalonan sama (88).

Beyonce, 41, berpeluang menambah kilauan trofi apabila menjadi artis paling banyak menerima nominasi acara berprestij edisi kali ini dengan sembilan pencalonan termasuk dalam kategori utama, Rakaman Lagu Terbaik, Album Terbaik dan Lagu Terbaik.

Penyanyi hip-hop, Kendrick Lamar menerima lapan pencalonan, Adele (7) dan Harry Styles (6), Jay-Z (5) dan Taylor Swift (4).


PENYANYI kelahiran Britain, Adele menerima 7 pencalonan termasuk Album Terbaik menerusi diskografi berjudul 30.

Lady Gaga menerima dua pencalonan iaitu dalam kategori Runut Bunyi Kompilasi untuk Media Visual Terbaik (Top Gun: Maverick) dan Lagu Ditulis untuk Media Visual Terbaik (Hold My Hand).

Sementara itu, BTS turut melakar kejayaan tersendiri apabila menerima tiga pencalonan iaitu dalam kategori Duo/Berkumpulan Pop Terbaik, Muzik Video Terbaik dan Album Terbaik (Music of the Spheres – Coldplay).




BTS turut cemerlang dengan tiga pencalonan Grammy Awards ke-65 yang bakal berlangsung Februari tahun depan.

Sekadar info, Beyonce dan Jay-Z kini berada dalam kedudukan seri sebagai artis paling banyak menerima nominasi Grammy sebanyak 88 pencalonan, Paul McCartney (81), Quincy Jones (80) dan Kanye West (75).

Beyonce kini merupakan artis ketiga paling banyak menerima Grammy iaitu sebanyak 28 trofi dan berpeluang mencantas posisi konduktor muzik legenda, mendiang Georg Solti yang merupakan pemuzik paling banyak memenangi Grammy Awards (31).

Grammy Awards ke-65 bakal bersiaran langsung dari Crypto.com Arena, Los Angeles, California, Amerika Syarikat pada 5 Februari 2023 – KOSMO! ONLINE

Senarai pencalonan kategori utama Grammy Awards ke-65:

Rakaman Lagu Terbaik
ABBA – Don’t Shut Me Down
Adele – Easy on Me
Beyoncé – Break My Soul
Brandi Carlile Featuring Lucius – You and Me on the Rock
Doja Cat – Woman
Harry Styles – As It Was
Kendrick Lamar – The Heart Part 5
Lizzo – About Damn Time
Mary J. Blige – Good Morning Gorgeous
Steve Lacy – Bad Habit

Album Terbaik
ABBA – Voyage
Adele – 30
Bad Bunny – Un Verano Sin Ti
Beyoncé – Renaissance
Brandi Carlile – In These Silent Days
Coldplay – Music of the Spheres
Harry Styles – Harry’s House
Kendrick Lamar – Mr. Morale & the Big Steppers
Lizzo – Special
Mary J. Blige – Good Morning Gorgeous (Deluxe)

Lagu Terbaik
Adele – Easy on Me
Beyoncé – Break My Soul
Bonnie Raitt – Just Like That
DJ Khaled Featuring Rick Ross, Lil Wayne, Jay-Z, John Legend & Fridayy – God Did
Gayle – ABCDEFU
Harry Styles – As It Was
Kendrick Lamar – The Heart Part 5
Lizzo – About Damn Time
Steve Lacy – Bad Habit
Taylor Swift – All Too Well (10 Minute Version) (The Short Film)

Artis Baharu Terbaik
Anitta
Domi & JD Beck
Latto
Måneskin
Molly Tuttle
Muni Long
Omar Apollo
Samara Joy
Tobe Nwigwe
Wet Leg

Persembahan Pop Solo Terbaik
Adele – Easy on Me
Bad Bunny – Moscow Mule
Doja Cat – Woman
Harry Styles – As It Was
Lizzo – About Damn Time
Steve Lacy – Bad Habit

Duo/Berkumpulan Pop Terbaik
ABBA – Don’t Shut Me Down
Camila Cabello Featuring Ed Sheeran – Bam Bam
Coldplay & BTS – My Universe
Post Malone & Doja Cat – I Like You (A Happier Song)
Sam Smith & Kim Petras – Unholy

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/11 ... ammy-suami-sendiri/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2022 01:26 AM | Show all posts
Very nice indeed.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 03:47 AM GMT+8 , Processed in 0.056884 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list