View: 7623|Reply: 43
|
"Nak Tengok Aku Bogel Ke?"-Isteri Rimas Pak Mentua Suka Datang Mengejut, Masuk Rumah Suka Hati Guna Kunci Pendua
[Copy link]
|
|
Majoriti pasangan suami isteri lebih memilih untuk tinggal berasingan dengan ibu bapa masing-masing selepas berumah tangga.
Selain mahu hidup berdikari, pasangan pengantin baharu sudah semestinya ingin menikmati privasi di kediaman sendiri tanpa campur tangan 'orang luar'.
Namun lain pula halnya dengan kisah yang dikongsikan oleh seorang wanita ini.
Gambar Hiasan
Menurut wanita yang tidak mendedahkan identitinya itu, sungguhpun dia dan suami tinggal berasingan, namun rumahnya sering menjadi 'sasaran' keluarga mentua gara-gara mereka mempunyai kunci pendua.
"Kisahnya suami saya ni ada bagi kunci pendua rumah dekat mak bapa dia. Mak bapa dia sesuka hati saja datang tak beritahu dan lagi menyirap tak bagi salam. Tahu-tahu dah masuk rumah.
"Saya ni dekat rumah pakai short je tau dan sleeveless tank without (tanpa) bra. Tiba-tiba orang terjah masuk. Tak ke gelabah saya? Kita nak breastfeeding (menyusukan) anak lagi," luahnya dalam kiriman Direct Message (mesej) yang disiarkan di laman Twitter ConfesstweetMY.
Luah wanita tersebut, kejadian rumahnya 'diterjah' keluarga mentua bukanlah sekali sebaliknya pernah beberapa kali ketika dirinya berpakaian kurang sempurna.
Namun apa yang membuatkan wanita tersebut bertambah rimas dan tidak selesa adalah rumahnya 'diterjah' bapa mentua ketika suaminya tiada di rumah kerana keluar bekerja.
"Bukan sekali tau, tapi dah tiga empat kali dia main masuk rumah masa suami keja. Dia tahu je suami kerja tapi saja je masuk rumah. Kau nak apa? Nak tengok aku bogel ke?
"Saya dah marah suami, ambil balik kunci pendua tu. Lepas tu dia cakap 'jangan sangka buruk dekat mak bapa abang. Diaorang saja datang tengok keadaan awak masa abang tak ada'.
"Masalahnya orang tua tu gatal! Buat apa main terjah rumah kita dah tahu suami tak ada. Saya bagi last warning dekat suami, kalau pak dia main terjah lagi, saya lari bawa anak pegi rumah mak ayah saya!" kongsinya.
Sehingga kini perkongsian tersebut meraih lebih 1,800 ulang kicau.
Sementara itu di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan reaksi bercampur dengan ada yang menyokong tindakan wanita tersebut menegur si suami agar mengambil pendekatan menasihati kedua ibu bapanya.
"Bagus. Kena tegas bab-bab ni. Ini jenis suami otak tertinggal rumah mak pak dia ni. Sebab tu fikiran tak rasional.
"Seramnya kalau bapa mentua gatal, anaknya pun... tahulah bapa sendiri tapi back-up la binimu. Apa guna duduk asing tapi tak ada privacy.
"Bagus sis bagi warning macam tu. Your husband should know better too, jaga aib dan kehormatan isteri walaupun dia tak ada di situ," demikian antara komen netizen.
Tidak kurang juga ada yang mencadangkan agar wanita tersebut menukar mangga kunci yang baharu untuk mengelakkan masalah sama berulang. -CARI
Sumber: mStar Online |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Pasang selak kt pintu kompom tak bole masuk |
|
|
|
|
|
|
|
margo20: Pasang selak kt pintu kompom t ...
betul. murah dan berkesan.
tp aku rimas kalau pintu bertutup je. angin xmasuk. haha. pastu kalau pintu jenis sliding mcmn nak pasang selak? |
|
|
|
|
|
|
|
Beli sahajalah mangga solex satu. Bukan susah pun. |
|
|
|
|
|
|
|
airmineral replied at 20-11-2022 05:12 PM
betul. murah dan berkesan.
tp aku rimas kalau pintu bertutup je. angin xmasuk. haha. pastu kalau ...
Bukak pintu tapi kunci gril.....
Beli padlock lain kat diy.....kat hb pun tak yah bg....dia housewife kannn |
|
|
|
|
|
|
|
Yer, betul. As simple as that. Takyah lah meroyan kat socmed. |
|
|
|
|
|
|
|
eee gelimat kot rentua duk usha menantu sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
pak mentua ko kinky nampak ko tak pakai bra...nak harap mak mentua kau dah layot boleh selimpang belakang... hujung-hujung pak mentua pandai ayat....padankan muka laki kau.. bagi kunci sangat kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
biasanya mesti ada gril kan, pasang mangga kat gril.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bodohnya laki dia, dan bapak mentua tu dah tak de tempat lain ke nak merayap?
Memang sesuatu sangat la suka suki terjah rumah menantu masa anak gi kerja. |
|
|
|
|
|
|
|
Rumah xde pagar ke? Kalau ada ikat anjirrr baka friskies.. |
|
|
|
|
|
|
|
hahah.. tingat aku masa mula2 kawin.. laki aku x bg mesra2 sgt ngn bapak dia.. salam jer dh.. sbb bapak dia gatal katanya.. |
|
|
|
|
|
|
|
samada laki ko bengap bangang nak mampos atau laki ko memang pakat ngan pak dia sendiri… either one, dia tetap laki babi kejis…
kat fb aku ada jumpa satu komen - mak mertua ko gagal laksanakan tanggungjawab kat pak mertua sebab tu pak mertua cari ko (lebih kurang ayatnya)… ni lagi laki babi! perempuan jugak ko nak salahkan… sekor lagi laki babi komen - ko yang gatal pakai baju camtu… ko nak tunjuk kat sape (lebih kurang ayatnya)… bangsat… dia pakai DALAM RUMAH DIA la bangang! tetap nak salahkan perempuan padahal kotey lelaki macam babi... |
|
|
|
|
|
|
|
nak tunjuk siapa??? heiii menyirapnya aku dengan soalan jantan tak gunaaaa. bodoh tak simpan simpan!
|
|
|
|
|
|
|
|
kadang aku tak paham la orang dah berumahtangga ni, benda camni diorg takleh settle ke dengan suami tu? kalau suami tu bengap, kau kasi la hujah panjang sikit. ini bukan soal nak buruk sangka, ini soalan maruah, aurat, keselamatan. kalau jadi apa2 nanti, bini tu pulak disalahkan kata pakai seksi2 sampai pak mertua tergoda. laki bangang pulak akan percaya cakap bapaknya la kan since dia dah tegur bini tu jangan buruk sangka kat makpak dia |
|
|
|
|
|
|
|
bangsat kan lelaki camni... sukati la walau dia nak bogel sekalipun... RUMAH DIA kot! ni namanya lelaki akhir zaman... |
|
|
|
|
|
|
|
Benci nya ada family mertua camtu. No respect ke kt bini hang? |
|
|
|
|
|
|
|
pagar tu kunci, pasang bell. bukan susah pun masalah ni haha
|
|
|
|
|
|
|
| |
|