CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 426|Reply: 0

[Johor] 'Cantik sangat anak ibu'

[Copy link]
Post time 27-11-2022 05:10 PM | Show all posts |Read mode

ROSLINA bersama arwah anaknya, Dania Emelda. (Gambar kanan) Suntingan gambar anaknya jika berusia 13 tahun. FOTO ihsan pembaca

Muar: "Sebagai ibu bukan menidakkan qada dan qadar tetapi saya merinduinya, malah rindu ini tiada penghujungnya," luah Roslina Hanim Ramli.

Kisah Roslina Hanim mendapat perhatian warganet apabila dia meminta bantuan dalam kumpulan Facebook (FB) 'Edit Apa Hari Ni?' untuk menyunting gambar anaknya yang sudah meninggal dunia ketika berusia dua tahun.

Dalam hantaran yang meruntun hati itu, dia meminta ahli kumpulan FB menyunting wajah anak perempuannya yang ketika ini berusia 13 tahun jika masih ada.

Menceritakan kisah itu, Roslina Hanim, 43, berkata, anaknya Dania Emelda Aqasha Mustaffa meninggal dunia kerana kanser darah pada 2011.

Menurutnya, kehilangan 11 tahun tidak pernah membuatkan dia lupa pada Dania Emelda Aqasha yang juga satu-satunya anak perempuannya.

"Saya ibu yang membawanya sembilan bulan dalam kandungan dan bertarung nyawa melahirkannya jadi sudah pasti rindu itu selalu ada," katanya yang tinggal di Kampung Baru, di sini, ketika dihubungi.

Bagaimanapun katanya, permintaannya untuk menyunting gambar itu bukan bermaksud dia tidak reda dengan takdir sebaliknya hanya terlalu teringin melihat wajah anak syurganya itu di usia remaja ketika ini.

"Saya berpeluang melihat anak sulung lelaki membesar dan teringin lihat wajah Dania pula. Saya tak sangka warganet sudi merealisasikan hasrat itu dan berterima kasih kepada mereka.

"Saya terharu dan sebak sangat apabila dapat melihat 'wajah' remaja Dania...saya cakap 'cantik sangat anak ibu'," katanya.

Menurutnya, dia menyimpan semua gambar yang disunting dan ada beberapa yang dicetak sebagai kenangan serta pengubat rindu.

"Gambar yang disunting itu persis anak saya dan tak sangka dengan teknologi ketika ini saya dapat melihat Dania yang remaja biarpun mereka menyunting gambar ketikanya berusia dua tahun," katanya.

Bercerita lanjut, Roslina Hanim berkata, anaknya kesayangan itu disahkan menghidap kanser ketika berusia dua tahun dan tujuh bulan berjuang melawan penyakitnya itu.

"Dania demam 'on off' selama dua minggu dan muka serta tangannya juga pucat sebelum ujian darah mengesahkannya kanser darah.

"Kami banyak habiskan masa bersama di hospital apabila Dania perlu menjalani rawatan kemoterapi. Dania anak yang kuat, petah dan periang.

"Sebelum meninggal dunia Dania diserang sawan dan ditidurkan empat hari di hospital," katanya. Katanya, ketika itu dia adalah ibu tunggal dan kekuatannya hanya anak sulung serta keluarga kerana tahun pertama kehilangan Dania sangat sukar baginya.

"Kini saya mempunyai anak ketiga berusia tiga tahun (Danny Amsyar Muhammad Hanis) selepas berkahwin baharu yang menjadi pengubat rindu pada Dania," katanya.

https://www.hmetro.com.my/utama/ ... tik-sangat-anak-ibu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54892 Replies : 13
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55320 Replies : 25
Aisar Khaled 'kejar'  Fuji ratu fyp Indonesia
sonya21Aisar Khaled 'kejar' Fuji ratu
Views : 30706 Replies : 39
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan Diri Dari Bayar Cukai LHDN Ke Los Angeles CA
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan
Views : 5404 Replies : 176
Tanda tanya akhirnya terjawab, mahu berkahwin punca Syasya tinggalkan Dolla
babyorangeTanda tanya akhirnya terjawab, mahu berk
Views : 27719 Replies : 191
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 108431 Replies : 1133
Acikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikorek
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikore
Views : 43038 Replies : 1209
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 231545 Replies : 1813
Lori tangki terbalik di Lebuhraya Karak
ultra78Lori tangki terbalik di Lebuhraya Karak
Views : 32011 Replies : 16
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 36262 Replies : 1319

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 04:18 AM GMT+8 , Processed in 0.035558 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list