View: 355|Reply: 0
|
[Negeri Sembilan]
Negeri Sembilan tiada perancangan tambah kawasan ternakan ayam
[Copy link]
|
|
BAKRI SAWIR
SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan tidak mempunyai perancangan untuk menambah kawasan ternakan ayam di negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Datuk Bakri Sawir berkata, bagaimanapun berkata, kerajaan negeri bersedia untuk menerima dan menimbangkan sebarang permohonan baharu.
“Tahap sara diri (SSL) Negeri Sembilan kini telah mencapai 300 peratus iaitu bagi pengeluaran berkaitan produk ayam pedaging dan telur, ia telah melebihi daripada keperluan penduduk Negeri Sembilan dengan tiga kali ganda.
“Pengeluaran ini bagi memenuhi permintaan pasaran negeri-negeri jiran dan turut dieksport ke Singapura,” katanya pada Persidangan Keempat (Belanjawan) Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN), Negeri Sembilan Yang Ke-14 di sini hari ini.
Beliau berkata demikian selepas menjawab soalan tambahan Datuk Yek Diew Ching (PH-Chuah) yang ingin mengetahui sama ada kerajaan negeri berhasrat menambah lagi kawasan ternakan bagi memenuhi permintaan semasa bekalan ayam dan telur di negeri ini.
Bakri sementara itu berkata, setakat tahun lalu, terdapat sebanyak 153 ladang pengeluaran ayam pedaging dan sembilan ladang ayam penelur di negeri ini.
“Walaupun bilangan ladang ayam pedaging menurun selepas tahun 2019, populasi ternakan meningkat kerana banyak ladang mengoptimumkan kapasiti ladang masing-masing bagi mengurangkan kos.
“Selain itu, terdapat juga ladang yang menyatukan lesen menternak unggas masing-masing terutamanya bagi ladang integrator,” katanya.-UTUSAN.
https://www.utusan.com.my/berita ... asan-ternakan-ayam/ |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|