View: 3034|Reply: 1
|
Seram! Selalu Dengar Bunyi Pelik Macam Suara Orang, Rupanya Anak Pun Kena Kacau Dengan Mainan Rusa
[Copy link]
|
|
Seram! Selalu Dengar Bunyi Pelik Macam Suara Orang, Rupanya Anak Pun Kena Kacau Dengan Mainan Rusa
Seorang ibu terpaksa membuang rusa mainan milik anaknya yang dipercayai berhantu. Lebih seram, ‘benda’ terbabit sering mengganggu keluarganya ketika mereka sedang tidur.
Tiba-tiba bunyi seperti orang marah
Menerusi beberapa video yang dimuat naik oleh seorang pengguna dikenali Sarasaera1 di TikTok, si ibu nekad untuk membuang mainan anaknya yang dikatakan menjadi punca keluarganya diganggu.
Dah lama tahan. Kali ini betul-betul nekad. Terlalu banyak kejadian aneh, tak mahu percaya tapi kena percaya juga sebab terlalu kerap terjadi. Sebelum ni aku baca kisah orang je tapi kali ni terjadi pada diri aku sendiri.
Anak aku seolah main dengan seseorang apabila dia bermain dengan benda (mainan) ni.
Dalam pada itu, tetamu yang datang menginap di rumahnya turut memberitahu bahawa dia tidak dapat tidur dengan lena kerana mendengar bunyi seperti orang sedang marah.
Semalam ada tetamu datang tidur di bahagian ruang tamu dan pagi ni dia beritahu dia tak dapat tidur kerana mendengar bunyi seperti orang yang sedang berdengus marah berkali-kali. Dia yakin bunyi tu daripada mainan terbabit.
Pagi ni aku ambil keputusan. Sini sahaja tempat kau (tong sampah) harap lepas ni kau dah tak ganggu aku.
Bercerita lagi, anak buahnya pernah mengadu dengan mengatakan dia terdengar bunyi kuda seperti sedang melompat-lompat di tepi katil.
Sepanjang mainan tu ada di rumah, saya memang simpan dalam bilik anak je. Suatu hari tu anak buah saya tumpang tidur dan dia mengadu bunyi kuda tu melompat-lompat tepi katil.
Video penuh
https://www.tiktok.com/@sarasaer ... 7172773898751118619
https://www.tiktok.com/@sarasaer ... 7173852032783093018
Sumber : @sarasaera1
https://ohbulan.com/seram-selalu ... -dengan-mainan-rusa
|
|
|
|
|
|
|
|
Nahh... menipu je ni.khurafat |
|
|
|
|
|
|
| |
|