View: 350|Reply: 0
|
[Terengganu]
Dipenjara kerana bakar rumah ibu, kereta saudara
[Copy link]
|
|
TERTUDUH dibawa keluar selepas Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu menjatuhkan hukuman penjara lima tahun. FOTO Zatul Iffah Zolkiply.
Kuala Terengganu: Duda dihukum penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini kerana membakar rumah dan kereta milik ahli keluarganya, bulan lalu.
Hakim Nooriah Osman membuat keputusan itu selepas tertuduh, Md Sofian Md Noor, 37, mengaku salah terhadap dua pertuduhan berkenaan.
Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa melakukan khianat menggunakan api dengan niat menyebabkan kebinasaan terhadap rumah milik ibunya yang berusia 61 tahun.
Md Sofian juga dituduh melakukan khianat menggunakan api dengan niat untuk menyebabkan kerosakan terhadap Perodua Myvi milik ibu saudaranya berusia 47 tahun.
Kesalahan didakwa dilakukan di Kampung Syukur, Dungun pada 3.45 petang dan 4.20 petang, 26 November 2022, dengan pendakwaan mengikut Seksyen 436 serta Seksyen 435 Kanun Keseksaan.
Sejurus pengakuan bersalah tertuduh direkodkan, mahkamah menjatuhkan hukuman masing-masing lima dan satu tahun penjara bagi pertuduhan pertama dan kedua.
Hukuman diperintah berjalan serentak bermula tarikh tertuduh ditangkap pada 26 November 2022.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Hanis Nabihah Hizamul-Din mengendalikan pendakwaan, manakala tertuduh diwakili peguam Masliela Ismail.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -ibu-kereta-saudara |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|