CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 398|Reply: 0

[Terengganu] Mahkamah: Dipenjara enam bulan kerana ugut sebar gambar bogel bekas kekasih

[Copy link]
Post time 8-12-2022 03:52 PM | Show all posts |Read mode

Wan Azuan (tengah) dibawa keluar dari kamar mahkamah setelah dijatuhi penjara enam bulan kerana mengugut menyebar gambar bogel bekas teman wanita di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini.


KUALA TERENGGANU – Gara-gara mahu mengugut mahu menyebar gambar bogel bekas teman wanita, seorang juruteknik penyaman udara dipenjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Noor Mazrinie Mahmood memerintahkan demikian selepas tertuduh, Wan Azuan W. Ismail, 29, selepas membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan.

Beliau memutuskan tertuduh menjalani hukuman penjara di Penjara Marang dari tarikh dia ditangkap pada 15 Oktober lalu.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan ugutan jenayah terhadap bekas teman wanitanya.

Dia didakwa menghubungi wanita berusia 22 tahun berkenaan sebelum mengugut mahu menyebarkan gambar bogel mangsa.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Tok Adis, Kuala Ibai di sini pada pukul 7.48 pagi, 25 Januari lalu.

Wan Azuan didakwa mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun jika sabit kesalahan. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2022/12 ... ogel-bekas-kekasih/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 06:54 AM GMT+8 , Processed in 0.143921 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list