CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 285|Reply: 0

Piala Dunia: Neymar akui alami tekanan hebat

[Copy link]
Post time 8-12-2022 04:20 PM | Show all posts |Read mode

NEYMAR mengakui gembira apabila dapat kembali beraksi ketika dia hampir terpaksa melupakan kempen kali ini akibat kecederaan buku lali. – AFP


Piala Dunia: Neymar akui alami tekanan hebat



DOHA – Bintang Brazil, Neymar tidak berasa malu untuk meng­akui dirinya menangis sepanjang malam kerana bimbang tidak berpeluang lagi untuk kembali ke dalam pasukan pada kempen Piala Dunia kali ini.

Kecederaan buku lali dialaminya menyaksikan Neymar terlepas dua aksi di peringkat kumpulan, namun kehadiran semula bintang Paris Saint-Germain itu memberikan impak besar apa­bila mengetuai pasukan menewaskan Korea Selatan 4-1 di pu­singan 16 pasukan terbaik.

Trauma yang dialami Neymar pastinya lebih menjurus kepada kenangan buruk pernah dialaminya selepas terpaksa melupakan saingan Piala Dunia 2014 lebih awal ketika mengalami kecederaan belakang.

“Sudah pasti timbulnya rasa takut cedera. Saya sudah mengharungi musim dan mempamerkan aksi yang agak baik, namun kecederaan ini menjadikan saya berada dalam keadaan sukar.

“Keluarga saya tahu yang saya menghabiskan sepanjang malam dengan menangis, namun segala­nya terbalas. Selepas melakukan fisioterapi, ia menjadi sesuatu yang berbaloi,” katanya.

Di peringkat suku akhir malam esok, skuad Selecao dijadualkan menentang naib juara 2018, Croatia selepas lawan itu mengesahkan kemaraan dengan menewaskan wakil Asia, Jepun 3-1 pada penentuan penalti.

Penyerang berusia 30 tahun itu nyata berterima kasih kepada keluarganya yang terus memberikan sokongan untuk tampil lebih kuat bagi mengatasi masalah kecederaan dialaminya.

“Apabila saya cedera, pelbagai berita pasti timbul, keraguan dan ketakutan, namun saya ada sokongan daripada rakan sepa­sukan serta keluarga. Saya te­rima mesej positif.

“Sekarang saya akan lakukan apa saja untuk pasukan kebangsaan Brazil memenangi Piala Dunia dan jelas sekali kehadiran saya ke sini adalah bagi merealisasikan misi itu,” ujarnya. – AGENSI

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/12 ... lami-tekanan-hebat/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 06:01 PM GMT+8 , Processed in 0.119685 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list