CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3146|Reply: 1

[Video] Jadi pelawat terakhir masuk rumah Mahsuri, bunyi budak batuk dalam video jadi tanda tanya… wanita minta pengunjung jaga adab!

[Copy link]
Post time 8-12-2022 04:44 PM | Show all posts |Read mode
PERTAMA kali berkunjung ke teratak Mahsuri, terbit perasaan teruja di hati Bella dan suaminya tatkala melihat keindahan rumah wanita legenda itu yang dibina semula bercirikan seni bina Melayu.

Bella bersama suami dan anak kecil mereka, Zenia, yang berusia 12 bulan bercuti di Langkawi sempena hari lahirnya yang ke-25, Oktober lalu.

Sebaik sahaja tiba di Kompleks Kota Mahsuri, waktu sudah menunjukkan pukul 5.30 petang dan pengunjung yang berada di pekarangan rumah Mahsuri mula beransur.

“Kami bertiga merupakan pelawat terakhir yang datang waktu itu tetapi masih ada lagi beberapa keluarga yang berada di kawasan rumah Mahsuri.


“Checkpoint pertama di muzium dan makam Mahsuri memang dah rasa agak ser4m sebab tiada orang. Seterusnya kami bergegas ke rumah Mahsuri untuk mengambil gambar sebagai kenangan kerana itu pertama kali kami pergi ke Kota Mahsuri.

“Di luar rumah Mahsuri masih ada tetamu lain ketika saya sampai tetapi tidak pasti sama ada mereka masih berada di sana atau tidak ketika kami memasuki rumah,” ujar ibu kepada seorang cahaya mata ini.

Bella berkata, ketika memasuki rumah tradisional tersebut, dia dan suami langsung tidak menyedari adanya suara manusia lain kerana begitu asyik menghayati keindahan seni bina dan barangan yang dipamerkan di teratak berkenaan.

“Kami hanya perasan suara itu apabila sudah pulang ke hotel dan saya cuba pasangkan video itu kembali, suara budak batuk sangat jelas seolah-olah ia berada di dalam rumah itu bersama kami,” cerita wanita yang berasal dari Kelantan itu.


  

Bella bersyukur bayinya tidak mengalami g4ngguan aneh selepas kunjungan ke lokasi legenda tersebut.
Bella kemudian memuat naik video berkenaan di laman TikTok dan ternyata, hampir majoriti komen yang diterimanya mengatakan lokasi tersebut sememangnya mempunyai unsur m1stik.

“Syukur Zenia tidak meragam selepas balik dari lokasi tersebut. Cuma saya perasan dia agak susah untuk tidur waktu malam dan sedikit merengek.

“Tapi saya anggap hanya kerana penat berjalan seharian. Inilah pertama kali kami ke rumah Mahsuri dan sebelum ni hanya mendengar cerita mistik melalui internet, namun saya tidak mengendahkannya sangat.

“Saya percaya m4khluk halus itu wujud tambahan pula rumah itu tidak berpenghuni. Namun kita hanya perlu tawakal dan berserah kepada Allah untuk menjaga kita dari gangguan-gangguan dan seumpamanya,” katanya lagi.

Bella yang tidak menyangka perkongsiannya menjadi tular dalam pada itu menambah, setiap pengunjung sememangnya perlu menjaga adab dan tertib sekiranya berkunjung ke mana-mana lokasi sekali pun.



“Ibu bapa yang mungkin berasa tidak sedap hati untuk bawa anak-anak terutamanya bayi ke tempat sebegitu, sebaiknya tak perlu bawa dan jangan usik barang yang bukan milik kita.

“Namun bagi ibu bapa yang tidak begitu percaya perkara m1stik sebegini, tiada siapa melarang anda dan keluarga untuk melawatnya,” katanya lagi.

Sehingga kini perkongsian Bella di TikTok meraih sehingga 1.6 juta jumlah tontonan.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2022 10:53 AM | Show all posts
masa iols pi sini dulu...iols mmg x berani kalo hanya iols & fam
kalo ada org lain, baru masok, ntah la...ghisauuu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 06:15 AM GMT+8 , Processed in 0.035714 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list