CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 348|Reply: 0

Piala Dunia: Ramos anggap hatrik bagai mimpi

[Copy link]
Post time 8-12-2022 06:13 PM | Show all posts |Read mode

RAMOS membalas kepercayaan selepas diturunkan dalam kesebelasan utama apabila meledak hatrik ketika berdepan Switzerland awal pagi semalam. – AFP
Piala Dunia: Ramos anggap hatrik bagai mimpi

LUSAIL – Penyerang Portugal, Goncalo Ramos mengakui dia tidak pernah membayangkan untuk berada dalam kesebelasan utama pasukan bagi menghadapi pusingan kalah mati pada sai­ngan Piala Dunia 2022.

Bagaimanapun, dia melakar sejarah tersendiri apabila bukan sahaja diturunkan dalam kese­belasan utama, malah berjaya meledak hatrik ketika membantu Portugal membelasah Switzerland 6-1 pada pusingan 16 pasukan terbaik di Stadium Lusail awal pagi semalam.

Percaturan ketua jurulatih, Fernando Santos menurunkan Ramos dan meletakkan Cristiano Ronaldo di bangku simpanan pada awalnya menimbulkan tanda tanya, namun keputusan yang dibuat nyata berbaloi.

“Secara jujur, saya tidak pernah mengharapkan tempat dalam kesebelasan utama pasukan, apatah lagi untuk melakukan jaringan hatrik. Sudah tentu saya sangat gembira dengan tiga gol tersebut.

“Bagaimanapun, saya tidak mahu terbawa-bawa dengan keputusan ini kerana kami ada misi penting di suku akhir nanti. Kami akan berikan segala-gala­nya untuk layak ke separuh akhir­,” kata Ramos.

Pemain berusia 21 tahun itu turut mendedahkan, Ronaldo langsung tidak ‘buat perangai’ walaupun diletakkan di bangku simpanan, sebaliknya legenda Portugal itu memberi kata-kata semangat kepada semua pemain sebelum perlawanan bermula.

“Tidak ada seorang pemain pun termasuk Ronaldo mempersoalkan keputusan jurulatih mengenai percaturan hari ini (semalam). Dia melakukan yang terbaik untuk bantu pasukan se­perti memberi tunjuk ajar kepada semua pemain.

“Ronaldo sentiasa menjadi idola dan contoh kepada ramai pemain. Saya sangat menghormati­nya sebagai salah seorang pemain terbaik dunia termasuk Robert Lewandowski dan Zlatan Ibrahimovic,” ujar pemain Benfica itu.

Untuk rekod, Ramos mula mencuri tumpuan beberapa kelab ternama Eropah apabila menampilkan aksi cukup memukau bersama Benfica musim ini selepas diberikan tanggungjawab mengisi kekosongan ditinggalkan Darwin Nunez yang menyertai Liverpool.

“Posisi kegemaran saya adalah penyerang, tetapi musim lalu saya diminta bermain di belakang Darwin (Nunez). Selepas dia keluar, saya ambil alih tanggungjawab tersebut dan sangat gembira dengan apa yang saya lakukan,” tambahnya. – AGENSI

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/12 ... hatrik-bagai-mimpi/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 06:05 PM GMT+8 , Processed in 0.167712 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list