CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 319|Reply: 0

Ronaldo berahsia

[Copy link]
Post time 10-12-2022 11:25 AM | Show all posts |Read mode

RONALDO pada sesi latihan bersama skuad Portugal di Piala Dunia. -FOTO AFP

London: Pengurus Manchester United, Erik ten Hag memaklumkan Cristiano Ronaldo tidak pernah memberitahunya bahawa dia mahu meninggalkan Old Trafford.

United berpisah dengan bintang Portugal itu selepas penyerang veteran itu mengeluarkan kenyataan ketika di temubual sebuah stesen TV di mana dia berkata dia berasa 'dikhianati' oleh kelab dan tidak menghormati Ten Hag.

"Saya jelas selepas temubual itu dia mahu pergi. Saya rasa kita tidak perlu membincangkannya," kata Ten Hang.

"Saya mahu dia kekal dari saat pertama hingga sekarang. Dia mahu pergi dan ia jelas. Dan apabila pemain tidak mahu berada di kelab ini maka dia perlu pergi, itu jelas."


Ten Hag berkata di kem latihan musim sejuk United di Sepanyol mendakwa, pemain berusia 37 tahun itu yang kini bermain bersama Portugal di Piala Dunia membayangkan hasratnya untuk kekal di kelab itu sebelum musim bermula.

"Sehingga saat itu dia tidak pernah memberitahu saya, 'Saya mahu pergi'," kata pengurus United itu.

"Pada musim panas kami mengadakan satu perbincangan. Dia masuk dan berkata 'saya akan memberitahu anda dalam tempoh tujuh hari jika saya mahu kekal'.

"Dia kemudiannya datang kembali dan berkata 'saya mahu kekal.' Sehingga saat itu (temubual) saya tidak pernah mendengar apa-apa."

Bintang Portugal itu mencipta kariernya di Old Trafford, berkembang daripada seorang remaja yang mentah tetapi memiliki bakat luar biasa sehingga menjadi salah seorang penyerang paling berbahaya di dunia.

https://www.hmetro.com.my/arena/ ... 99/ronaldo-berahsia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 07:53 PM GMT+8 , Processed in 0.046630 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list