View: 263|Reply: 0
|
Croatia mampu ranapkan impian Messi
[Copy link]
|
|
(COMBO) This combination picture made on December 11, 2022 during the Qatar 2022 World Cup football tournament shows Croatia's midfielder Luka Modric (L) in Doha on December 9, 2022 and Argentina's forward Lionel Messi in Doha on December 3, 2022. - Argentina will play Croatia in the Qatar 2022 World Cup football semi-final match in Doha on December 13, 2022. (Photo by Nelson ALMEIDA and Alfredo ESTRELLA / AFP)
Doha: Lionel Messi dan impian Argentina di Piala Dunia masih kekal hidup namun Croatia yang tidak pernah berputus asa diperkuatkan dengan kecemerlangan Luka Modric mungkin akan menjadi penghalang buat mereka di separuh akhir awal pagi Rabu nanti.
Argentina kini pulih daripada kejutan awal tewas pada perlawanan pembukaan mereka di Qatar kepada Arab Saudi dan mara ke separuh akhir dengan kemenangan yang cukup meletihkan menerusi penentuan penalti menentang Belanda di suku akhir.
Selepas mendahului 2-0 selama 83 minit dengan Messi mencipta satu gol dengan gaya mengagumkan dan menjaringkan penalti, mereka bagaimanapun bolos dua kali lewat perlawanan dan terpaksa bertahan pada masa tambahan sebelum menang 4-3 dalam penentuan penalti.
Mendapat sokongan besar penyokong yang hadir membawa semangat, laungan dan menjadi stadium seperti milik Argentina sendiri di Piala Dunia kali ini, Messi dan rakan pasukannya mula percaya tahun ini boleh menjadi milik mereka.
"Kami ada bola, semangat, hati dan kami melakukannya ini untuk 45 juta orang," kata penjaga gol Emiliano Martinez dan keyakinan Argentina kini semakin meningkat selepas menyaksikan pasukan handalan Brazil tewas di suku akhir.
Kini pada usia 35 tahun, ia dianggap sebagai peluang terakhir Messi untuk memenangi Piala Dunia, lapan tahun selepas Argentina tewas di final kepada Jerman di Rio de Janeiro.
Messi berazam untuk merebut peluang itu dan kini sudahpun menjaringkan dua gol pertamanya di peringkat kalah mati di mana-mana Piala Dunia, menjaringkan gol ketika menentang Australia dalam pusingan 16 terakhir sebelum sepakan penalti menentang Belanda.
Kejayaan di Piala Dunia akan melengkapkan kerjaya terbaik untuk pemenang tujuh kali Ballon d'Or yang mungkin akan menjadi pemain kelab paling hebat.
Selepas bertahun-tahun tidak berjaya di peringkat antarabangsa, dia mencetus inspirasi kepada Argentina untuk memenangi Copa America tahun lalu tetapi dia tahu tidak ada lawan yang lebih kuat atau tahan lama daripada
Croatia.
Selepas semuanya, satu kelegaan apabila dapat mengelak pertemuan dengan Brazil di separuh akhir namun satu pertemuan yang sukar berdepan Croatia yang menyingkirkan pasukan pilihan menerusi sepakan penalti dan tidak tahu bila mereka akan ditewaskan.
"Mereka adalah pasukan hebat yang menewaskan Brazil dan ada kalanya jauh lebih baik," akui Messi.
"Mereka mempunyai pemain yang bagus di seluruh bahagian tengah dan mereka bekerja dengan jurulatih yang sama sejak Piala Dunia lalu, jadi mereka semua mengenali satu sama lain dengan baik."
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... napkan-impian-messi |
|
|
|
|
|
|
| |
|