CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 300|Reply: 0

Saya beri segalanya untuk Portugal - Ronaldo

[Copy link]
Post time 12-12-2022 11:20 AM | Show all posts |Read mode

RONALDO berjalan melalui terowong dengan linangan air mata. -FOTO Dailymail

Lisbon: Cristiano Ronaldo berkata "tiada gunanya memanaskan lagi keadaan ketika ini" apabila diminta memberi komen terhadap penyingkiran Portugal di Piala Dunia.

Ronaldo masih berada di Qatar ketika ramai pemain dari skuad Portugal pulang ke tanah air dan tiba di Lisbon petang semalam.

"Memenangi Piala Dunia untuk Portugal adalah impian terbesar dan cita-cita tertinggi dalam karier saya. Nasib baik saya memenangi banyak gelaran antarabangsa termasuk untuk Portugal," tulis Ronaldo di Instagram.

Bagaimanapun dia tidak menulis mengenai persaraannya di peringkat antarabangsa tetapi dia memulakan dua perlawanan terakhir Portugal di Qatar di bangku simpanan, keputusan yang mencetuskan perdebatan di Portugal dan di seluruh dunia bola sepak.

"Mari kita berharap masa akan menjadi penasihat terbaik yang membolehkan orang membuat keputusan mereka sendiri," katanya.

Di laman Instagram itu turut di muat naik gambar Ronaldo menunduk keluar dari padang selepas kekalahan 0-1 di suku akhir kepada Maghribi Sabtu lalu.

Pada usia 37 tahun, Ronaldo bermain Piala Dunia kelimanya. Sebaik wisel penamat dibunyikan dia menuju ke terowong dengan air mata mengalir.

Ronaldo kini tanpa kelab selepas berpisah dengan Manchester United.

Menurut akhbar Portugal, Ronaldo mengancam meninggalkan skuad selepas dia digugurkan daripada kesebelasan utama tetapi itu dinafikan jurulatih Fernando Santos yang akan bertemu dengan Persatuan Bola Sepak Portugal untuk membincangkan masa depannya sendiri.

"Saya hanya mahu semua orang tahu bahawa banyak yang diperkatakan, banyak yang ditulis, banyak spekulasi tetapi dedikasi saya kepada Portugal tidak berubah," tambah Ronaldo.

"Saya sentiasa menjadi seorang pemain yang berjuang untuk memburu gol dan tidak akan membelakangkan rakan sepasukan dan negara.

"Dalam lima Piala Dunia yang saya bermain, saya sentiasa bermain bersama pemain hebat dan disokong berjuta-juta rakyat Portugal. Saya berikan segalanya.

"Saya meninggalkan segala-galanya di padang. Saya tidak pernah membelakangkan perjuangan dan berputus asa dengan impian ini.

"Malangnya semalam mimpi itu berakhir. Mimpi itu indah semasa ia berlangsung."

https://www.hmetro.com.my/arena/ ... uk-portugal-ronaldo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 08:10 PM GMT+8 , Processed in 0.177947 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list