CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 404|Reply: 0

[Terengganu] Harga sayur naik lebih sekali ganda di Terengganu

[Copy link]
Post time 12-12-2022 01:17 PM | Show all posts |Read mode

Tinjauan peniaga sayur di Pasar Besar Kedai Payang. Foto FAIZUL AZLAN RAZAK

Kuala Terengganu: Banjir yang melanda di beberapa negeri memberi kesan kepada kenaikan harga sayur sehingga lebih sekali ganda di negeri ini.

Tinjauan di beberapa pasar di sekitar daerah ini mendapati kebanyakan harga sayur naik kerana permintaan yang tinggi.

Kebanyakan peniaga memaklumkan mereka terpaksa menaikkan sedikit harga selepas memperoleh bekalan dengan harga mahal daripada pemborong.


Seorang peniaga di Pasar Besar Kedai Payang di sini, Nor Nadiah Musa, 27, berkata, kenaikan harga barang disebabkan cuaca sekarang yang tidak menentu di negeri ini dan beberapa negeri lain.

Menurutnya, antara sayur yang naik mendadak ialah bayam sehingga RM14 sekilogram (kg) berbanding RM6 kg sebelum ini.

"Tomato dijual dengan harga RM6.50 kg berbanding RM4 kg, manaka kailan dijual RM10 kg naik RM2, kacang panjang (RM10) kg naik RM3 kg.

"Faktor kenaikan harga sayur ini disebabkan keadaan cuaca sekarang dan banjir yang melanda di sesetengah negeri," katanya yang ditemui di sini, hari ini.

Seorang lagi peniaga, Mohd Yazid Ibrahim, 56, berkata, boleh dikatakan kebanyakan sayur mencatatkan kenaikan harga sejak seminggu lalu.

Dia yang tinggal di Kampung Tasik, Bukit Payong berkata, daun sup memcatatkan kenaikan harga mendadak sehingga RM20 kg berbanding sebelum ini tidak sampai RM15 kg.

"Selain itu, bunga kubis dijual RM8 kg naik RM2 kg, manakala daun ketumbar RM23 hingga RM24 kg dan lada besar RM15 kg berbanding RM10 kg.

"Selain faktor banjir, musim cuti sekolah juga menyebabkan sayur mendapat permintaan yang tinggi daripada pengguna yang mahu melakukan majlis perkahwinan," katanya.

Seorang pengguna, Nurul Nabila Mohd Pandi, 33, berkata, kenaikan harga sayur tidak memberi banyak kesan sangat kepadanya kerana hanya mendapatkannya untuk makan harian.

Katanya, biasanya dia tidak membeli dengan kuantiti yang banyak sebaliknya mencari sayur yang ingin digunakan sahaja dan tidak menyimpan stok.

"Saya tahu harga sayur kebanyakannya sudah naik, saya hanya mendapatkan jika perlu sahaja dan tidak dijadikan stok kerana bimbang ianya rosak," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ganda-di-terengganu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 06:35 AM GMT+8 , Processed in 0.040486 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list