CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 302|Reply: 0

Perancis elak dimalukan Maghribi

[Copy link]
Post time 13-12-2022 11:35 AM | Show all posts |Read mode

(Dari kiri) Antoine Griezmann, Kylian Mbappe, Jules Kounde, Raphael Varane dan Randal Kolo Muani menjalani latihan menjelang aksi separuh akhir Piala Dunia menentang Maghribi awal pagi Khamis. - AFP

DOHA: Pemain pertahanan Perancis, Raphael Varane menegaskan penyandang juara Piala Dunia itu tidak akan ada rasa puas hati apabila berdepan pasukan penuh kejutan Maghribi pada separuh akhir awal pagi Khamis ini.

Selepas menewaskan England pada suku akhir, Les Bleus muncul pilihan utama untuk layak ke final sekalipun Maghribi sudah menyingkirkan Sepanyol dan Portugal pada pusingan kalah mati di Qatar.

"Kami mempunyai cukup pengalaman dalam pasukan untuk tidak terpedaya dengan perangkap itu," kata Varane, salah seorang daripada pemain Perancis yang kekal daripada skuad juara Piala Dunia 2018, apabila ditanya mengenai bahayanya jika terlalu yakin.

"Kami sedar Maghribi bukan berada di sini secara kebetulan. Terpulang kepada kami pemain berpengalaman untuk memastikan setiap orang bersedia bagi satu lagi pertarungan."

Perancis mencapai sasaran ditetapkan persekutuan bola sepak negara itu dengan layak ke separuh akhir tetapi pertahanan Manchester United, Varane berkata, pasukan itu kemaruk untuk menempah tempat ke final Ahad ini menentang sama ada Argentina atau Croatia.

"Tidak mudah untuk layak ke separuh akhir Piala Dunia jadi kami amat gembira, tetapi satu-satunya objektif sebenar adalah menjuarainya," katanya. "Itulah matlamat yang sering diidamkan."


Pemain Maghribi. - Foto FIFA

Rakan pertahanan Jules Kounde memuji Maghribi kerana sejarah yang mereka cipta - pasukan pertama Afrika layak ke separuh akhir Piala Dunia dan pasukan pertama Arab melakukannya.

Anak buah Walid Regragui mengalahkan Portugal 1-0 pada suku akhir selepas menyingkirkan Sepanyol menerusi penentuan sepakan penalti pada pusingan 16 terakhir.

Mereka turut mengalahkan Belgium dan seri dengan Croatia pada peringkat kumpulan dan hanya dibolosi satu gol, itu pun menerusi gol sendiri, dalam lima perlawanan mereka setakat ini.

"Mereka amat tersusun, dengan aturan pemain rapat antara satu sama lain dan mereka tidak membiarkan pemain yang memegang bola terlalu lama," kata Kounde, pertahanan kanan Barcelona.

"Mereka juga berlari amat pantas, jadi kami perlu bermain dengan beberapa sentuhan, menggerakkan bola dengan cepat dan cuba menyukarkan mereka dengan menghantar bola dari satu arah ke satu arah lain.

"Amat mengagumkan mereka hanya melepaskan satu gol setakat ini, apatah lagi mengambil kira pasukan yang mereka hadapi," tambahnya. – AFP
https://www.bharian.com.my/sukan ... -dimalukan-maghribi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 08:06 PM GMT+8 , Processed in 0.867052 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list