View: 338|Reply: 0
|
[Terengganu]
5 beranak bimbang rumah dihempap tanah runtuh
[Copy link]
|
|
KUALA NERUS: Lima sekeluarga hidup dalam kebimbangan selepas rumah yang mereka diami sejak empat tahun lalu dihempap runtuhan bukit di Kampung Pulai Baharu, Tepoh, di sini, Jumaat lalu.
Bagaimanapun, mereka bernasib baik apabila runtuhan bukit dan pokok tumbang di belakang rumah itu hanya menghempap dinding dapur.
Penghuni rumah, Teo Sau Fa, 41, berkata dia menyedari kejadian runtuhan bukit yang berlaku pada jam 6 pagi Jumaat lalu ketika hujan lebat.
Pembantu stor syarikat pemborong barang runcit di kawasan Perindustrian Gong Badak itu berkata, sejak kejadian itu, setiap kali hujan lebat mereka berada dalam ketakutan kerana bimbang insiden lebih buruk berlaku.
"Ini kejadian kedua berlaku yang mana kali pertama dua tahun lalu selepas empat tahun mendiami rumah ini, namun ia tidak seteruk kejadian Jumaat lalu.
"Saya bimbang kejadian lebih buruk berlaku kerana banyak pokok getah di atas bukit ini dan jika tumbang akan menghempap rumah kami," katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini.
Sau Fa berkata, kejadian runtuhan Jumaat lalu berlaku ketika dia bersama dua adik dan kedua ibu bapa berada di rumah itu.
Beliau berkata, dia masih buntu untuk melakukan kerja membersihkan sisa runtuhan dan membersihkan struktur tanah kerana jentera tidak dapat memasuki kawasan kediaman itu.
"Masalah utama ialah jentera berat tidak dapat masuk dan kami akan mendapatkan bantuan orang ramai termasuk pihak Dewan Undangan Negeri (DUN) Tepoh untuk kerja baik pulih.
"Selain itu, saya mengharapkan ada pihak berkuasa yang dapat membantu mengatasi masalah runtuhan ini kerana kami tidak bercadang berpindah walaupun hidup dalam ketakutan," katanya.
Sau Fa menunjukkan keadaan tanah runtuh yang berlaku di belakang rumahnya di Kampung Pulai Baharu, Tepoh. NSTP/FAIZUL AZLAN RAZAK
https://www.bharian.com.my/berit ... hempap-tanah-runtuh |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|