CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 360|Reply: 0

[Terengganu] Rintihan ibu Eijas

[Copy link]
Post time 13-12-2022 12:36 PM | Show all posts |Read mode

ANGGOTA bomba dan penyelamat melakukan pencarian kanak-kanak dikhuatiri lemas di tali air di Kampung Kebor Besar, Manir hari ini. FOTO Ghazali Kori.

Kuala Terengganu: "Pulanglah Eijas, ibu tunggu Eijas," begitulah rintihan Nurul Ain Bakri, 33, yang tidak henti menangis selepas mendapat tahu anaknya, Muhammad Sufi Eijas Sobre, 3, dikhuatiri lemas di tali air Kampung Kebor Besar, Manir, di sini semalam

Nurul Ain percaya anaknya masih berada di bawah jambatan, lokasi kanak-kanak itu terjatuh ketika mahu melihat banjir bersama abangnya, Muhammad Shakir Wafiudin, 8.

"Naluri saya kuat mengatakan anak saya masih ada bawah jambatan," katanya yang ditenangkan suami, Mohd Sobre Ramli, 33.


Memasuki hari kedua pencarian, wanita itu berharap anak kedua daripada tiga beradik itu ditemui walaupun dalam keadaan terbujur kaku.

Katanya, dia reda dengan takdir Ilahi dan tidak putus berdoa untuk anak kesayangannya itu selain menunaikan solat hajat agar urusan pencarian dipermudah.

Menurutnya, Muhammad Sufi Eijas seorang anak yang aktif dan gemar bermain air, malah ketika kejadian dia berada di tempat kerjanya di Politeknik Kuala Terengganu.

"Suami tidak pernah membawa anak-anak ke sini (lokasi kejadian) sebelum ini dan tidak sangka pula dia membawa mereka hari ini (semalam)," katanya yang ditemui malam tadi.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... /rintihan-ibu-eijas

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 06:52 AM GMT+8 , Processed in 0.032734 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list