CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 428|Reply: 1

[Terengganu] Bekas imam sempat jamah ubi kayu rebus, sup kambing sebelum lemas

[Copy link]
Post time 13-12-2022 02:27 PM | Show all posts |Read mode

Che Marlina Abdul Ghani

Permaisuri: "Dua hari lalu abang teringin sangat mahu makan ubi kayu rebus yang ditanam di kawasan rumah saya dan sempat makan tengah hari sebelum keluar menjala selepas solat Asar semalam.

"Empat hari sebelum kejadian abang ada menyembelih kambing peliharaannya dengan mengagihkan daging kepada saudara mara manakala lebihan memintanya membuat sup kambing," kata Che Marlina Abdul Ghani, 48.

Che Marlina adik kepada bekas imam di Masjid Kampung Beris Tok Ku di sini, Zakaria Mat Nong, 72, yang ditemukan lemas ketika menjala ikan di kawasan kolam udang di Kampung Fikri di sini, hari ini.


Menurutnya, dia mengetahui tentang kejadian itu selepas dimaklumkan penduduk kampung yang melihat abangnya tidak timbul selepas turun ke dalam tali air.

"Saya dimaklumkan ada penduduk kampung melihat abang sedang menjala ikan di kawasan itu dan dia dikatakan turun ke air untuk melepaskan jalanya yang tersangkut.

"Bagaimanapun, menyedari abang tidak timbul membuatkan penduduk kampung memaklumkan kejadian ini dan saya bergegas ke tempat kejadian.

"Tiba di tempat kejadian, saya sedih apabila melihat keretanya di tepi tali air, selipar dan jala manakala abang dilaporkan hilang," katanya yang ditemui di tempat kejadian.

Che Marlina yang tinggal di Kampung Saujana di sini berkata, abangnya memang suka menjala ikan, namun tidak menyangka kejadian buruk menimpanya ketika menjala.

Menurutnya, abangnya itu juga pergi menjala kerana ingin mencari ikan haruan untuk diberi kepada anak saudaranya, Ahmad Darwisy Alauddin Mohd Nakhohi, 12, yang baru berkhatan beberapa hari lalu.

"Sebenarnya abang ada maklum mahu mencari ikan haruan kepada anak saya yang dalam pantang berkhatan dan sedih kerana hajatnya itu tidak kesampaian.

"Sebelum ini, abang juga banyak bercakap mengenai kematian yang membayangkan hayatnya sudah tidak lama.

"Saya tidak terfikir kata-katanya sebelum ini menjadi kenyataan dan saya ingatkan hanya gurauan. Jadi, saya harap abang dapat ditemui secepat mungkin," katanya.

Mayat Zakaria ditemui pada jarak 1.7 kilometer (km) dari lokasi dia jatuh pada 11.20 pagi.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Afandi Husin berkata, mangsa ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dan dihantar ke Hospital Setiu untuk tindakan lanjut.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... mbing-sebelum-lemas

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2022 03:30 PM | Show all posts
Salam takziah kepada keluarga mangsa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 06:56 AM GMT+8 , Processed in 0.096733 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list