View: 272|Reply: 0
|
Messi tidak perlu bantu pertahanan - Pochettino
[Copy link]
|
|
MESSI hanya perlu menunggu bola daripada merampasnya dari pihak lawan. FOTO AFP
Doha: Bekas bos Paris St Germain, Mauricio Pochettino berkata adalah tidak masuk akal untuk membahaskan tugas pertahanan Lionel Messi ketika kapten Argentina itu bersiap sedia untuk memimpin pasukannya ke final Piala Dunia menentang Perancis esok.
Messi adalah penjaring terbanyak bersama dan turut melakukan hantaran menghasilkan jaringan di Piala Dunia, tetapi masih terdapat beberapa perbincangan mengenai peranannya di atas padang ketika dia berusaha untuk mengetuai pasukannya merangkul kejuaraan Piala Dunia kali ketiga.
"Sejujurnya, saya rasa perdebatan mengenai tugas bertahan Messi sudah basi, hampir mengarut.
"Anda tidak boleh berpura-pura bahawa Maradona atau Pele - bersama-sama dengan Messi, pemain terpenting dalam bola sepak - tertumpu pada usaha untuk memenangi bola kembali.
"Dia tidak boleh mengambil peranan dalam hal itu. Dia hanya perlukan orang lain untuk menyalurkan bola untuknya.
"Apabila anda mempunyai Messi, anda memerlukan pemain lain memahami bahawa mereka perlu mengambil bola dan memberikannya kepadanya supaya dia dapat mengekalkan tenaganya dan kemudian menjadi penentu, seperti yang ditunjukkan," kata Pochettino.
Pochettino juga memuji jurulatih Lionel Scaloni kerana membentuk kesepakatan di sekeliling Messi.
"Itu perkara paling penting mengenai pasukan Argentina ini dan sebab mengapa mereka berada di final. Ini kerana pemain memahami peranan mereka dengan sempurna. Apabila anda mempunyai Messi dalam pasukan anda, anda mesti berjuang untuknya," katanya.
Argentina yang diketuai Messi akan muncul dalam final Piala Dunia keenam mereka apabila menentang Perancis, ketika mereka berhasrat untuk meraih gelaran pertama sejak 1986.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... rtahanan-pochettino |
|
|
|
|
|
|
| |
|