View: 364|Reply: 0
|
Pertembungan maruah, rebut RM119.4 juta
[Copy link]
|
|
MENAMATKAN kempen Piala Dunia 2022 di tangga ketiga akan menjadi pencapaian terhebat buat Maghribi.
AL RAYYAN, Qatar: Kedudukan tempat ketiga mungkin tidak berprestij dan pemenang pula mudah dilupakan berbanding pasukan yang bergelar juara Piala Dunia.
Bagaimanapun, pertembungan Croatia dan Maghribi di Stadium Antarabangsa Khalifa hari ini dijangka tetap sengit dengan kedua-dua pasukan bersedia mengerah kudrat terakhir untuk menamatkan kempen di kedudukan terbaik.
Pertama, pasukan yang kalah hari ini akan ‘kehilangan’ AS$2 juta (RM8.9 juta).
Pasukan yang menamatkan kempen di tangga ketiga bakal meraih habuan AS$27 juta (RM119.4 juta), manakala AS$25 juta (RM110.54 juta) pula menanti negara yang menduduki tempat keempat.
Begitupun paling penting, pasukan tangga ketiga akan pulang bersama pingat.
Secara keseluruhan, Piala Dunia menawarkan AS$440 juta (RM1.95 bilion) untuk 32 pasukan bertanding dengan juara menikmati AS$42 juta (RM185.70 juta) dan naib juara AS$30 juta (RM132.65).
https://www.utusan.com.my/sukan/ ... rebut-rm119-4-juta/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|