CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 300|Reply: 0

Perancis bertuah kerana dipimpin juara

[Copy link]
Post time 17-12-2022 12:57 PM | Show all posts |Read mode

Didier Deschamps banyak memainkan peranan membantu meningkatkan prestasi skuad Perancis. - AFP



DOHA: Perancis yang berjaya la­yak ke perlawanan akhir buat kali keempat dalam tujuh edisi Piala Dunia yang mereka sertai dianggap ‘tuah’ daripada pengendalinya sendiri, Didier Deschamps.

Salah seorang anak didik Des­champs, Antoine Griezmann berkata, dia banyak terhutang budi dengan pengendali tersebut kerana sentiasa membawanya dan memberi peluang untuk bermain di pentas antarabangsa.

“Saya berhutang segala-galanya apa yang saya kecapi dalam kerjaya antarabangsa sepanjang ini. Saya memberi jiwa dan raga untuk jersi Pe­rancis dan tidak lupa juga untuk beliau.

“Setiap aksi yang saya pamerkan dalam setiap perlawanan adalah tanda saya berterima kasih kepada beliau. Saya mahu buat jurulatih Les Bleus itu bangga dengan pemakai nombor jersi lamanya iaitu tujuh,” katanya.

Perancis yang berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir Piala Dunia 2022 selepas berjaya mengalahkan Maghribi 2-0 itu membuktikan Les Bleus serius dalam mempertahankan ‘mahkota’ mereka sebagai penyandang juara 2018.

Sebelum ini, Les Bleus terpaksa menelan rasa pahit apabila ter­singkir daripada Euro 2020 oleh Switzerland yang ketika itu Deschamps sedang bergelut dengan krisis kecede­raan anak-anak didiknya se­perti Karim Benzema.

Sementara itu Griez­mann turut mempertahankan Deschamps daripada kritikan penyokong dengan menyifatkan jurulatih itu adalah seorang yang lebih mementingkan kemahiran mengurus pasukan berbanding taktikal.

Malah, pemain Atletico Madrid itu turut mendedahkan bahawa Deschamps sangat dihormati dan dipandang tinggi oleh pemain-pemainnya sendiri yang sudah pasti melihat pencapaian kerjaya­nya sendiri.

“Beliau suka berbincang dengan pemain-pemainnya untuk tahu apa yang kami rasa. Setiap kali dia bagi arahan atau nasihat, kami akan ikut,” jelasnya.
– Agensi/UTUSAN

https://www.utusan.com.my/berita ... ana-dipimpin-juara/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 07:57 PM GMT+8 , Processed in 0.846076 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list