CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 277|Reply: 0

[Terengganu] Guna helikopter hantar bantuan makanan mangsa banjir  

[Copy link]
Post time 20-12-2022 01:20 PM | Show all posts |Read mode

PENDUDUK menolak bot membawa peralatan rumah untuk dipindahkan ke tempat selamat di Kampung Sekati, Manir, Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI

    Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN
    20 Disember 2022, 12:59 pm

KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri akan menggunakan khidmat helikopter untuk menyalurkan bantuan makanan kepada mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) yang tidak boleh diakses dengan kenderaan biasa bermula hari ini.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Bencana Negeri Terengganu, Hanafiah Mat berkata, langkah drastik itu perlu dilakukan segera untuk memastikan mangsa banjir di kawasan terjejas yang terputus bekalan makanan tidak kelaparan.

Menurutnya, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri Terengganu, Mazura Ngah Abd. Manan telah berbincang dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu untuk menggunakan helikopter pasukan penyelamat tersebut bagi tujuan itu.

“Bantuan pertama akan dihantar ke beberapa PPS di sekitar daerah Besut hari ini dan ke daerah lain yang turut terjejas.

“Semua mangsa di 310 PPS seluruh Terengganu jangan bimbang, kita akan segerakan penghantaran bekalan makanan dan kelengkapan yang lain untuk mereka.

“Kalau tak boleh guna kenderaan darat, kita hantar dengan helikopter agar kebajikan semua mangsa dijaga,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan penutupan beberapa utama menyebabkan proses penghantaran bantuan makanan kepada mangsa banjir di PPS di daerah Besut, Setiu dan Hulu Terengganu terjejas.

Sejak semalam, tular luahan mangsa banjir di beberapa kawasan yang mengadu mereka kekurangan bekalan makanan dan kelengkapan yang lain.

Mengulas lanjut, Hanafiah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri berkata, pihaknya juga mengarahkan semua Ahli Dewan Undangan Negeri serta pimpinan komuniti setempat untuk menyegerakan bantuan terhadap aduan yang diterima.

“Bagi pihak kerajaan negeri, saya minta maaf terhadap kesulitan yang dialami oleh mangsa banjir di PPS yang terlibat. Namun bencana yang berlaku sangat luar biasa kerana terjadi serentak di semua lapan daerah di negeri ini.

“Persiapan yang dibuat kerajaan negeri untuk menghadapi tengkujuh kali ini adalah sangat rapi, terperinci dan menyeluruh namun masih ada kes-kes terpencil kekurangan makanan dan keperluan lain berlaku di PPS yang terjejas,” ujarnya. – UTUSAN

https://www.utusan.com.my/nasion ... anan-mangsa-banjir/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 06:28 AM GMT+8 , Processed in 0.032473 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list