CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 239|Reply: 0

[Johor] Polis tumpaskan 58 bookie judi Piala Dunia Qatar 2022

[Copy link]
Post time 20-12-2022 02:34 PM | Show all posts |Read mode

Polis menahan 58 ejen atau bookie perjudian Piala Dunia Qatar 2022 dalam operasi khas Op Soga IX yang diadakan antara 21 November lalu hingga kelmarin. NSTP/Izz Laily Hussein

Johor Bahru: Polis menahan 58 ejen atau bookie perjudian Piala Dunia Qatar 2022 dalam operasi khas Op Soga IX yang diadakan antara 21 November lalu hingga kelmarin.

Penahanan yang dilakukan dalam 57 serbuan di seluruh negeri ini membabitkan semua warga tempatan berusia 18 tahun hingga 70 tahun.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, berkata dalam operasi itu, hasil pertaruhan dikesan membabitkan had kredit lebih RM10 juta.

"Fokus utama Op Soga IX adalah untuk mencegah dan membanteras kegiatan catit taruh sempena Kejohanan Piala Dunia Qatar 2022.


"Kita menahan seramai 58 orang yang bertindak sebagai ejen atau bookie pertaruhan dengan had kredit keseluruhan mencecah RM10,104,998," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini, hari ini.

Kamarul Zaman berkata, dalam operasi itu juga pihaknya merampas wang tunai RM35,710 serta SG$500 (RM1,635), dua set komputer dan 59 telefon bimbit pelbagai jenama berserta kad sim selain sebuah memo pad yang mempunyai catitan disyaki digunakan untuk pertaruhan itu.

Katanya, sebanyak 13 laman sesawang perjudian juga dikenal pasti dan dimaklumkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan lanjut.

"Semua tangkapan direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 4(1)(d), Seksyen 6(1) dan Seksyen 6(3) Akta Pertaruhan 1953," katanya.

Untuk rekod, bermula 1 Januari lalu hingga kelmarin, Polis Johor melakukan 2,266 serbuan membabitkan 2,930 tangkapan berkaitan aktiviti perjudian.

Dalam tempoh sama, sebanyak RM867,177 wang tunai dan 1,211 unit telefon bimbit pelbagai model dirampas.

https://www.bharian.com.my/berit ... la-dunia-qatar-2022
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 12:48 AM GMT+8 , Processed in 0.063898 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list