CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 363|Reply: 0

[Terengganu] Kali terakhir Kampung Pulau Rusa banjir besar 35 tahun lalu

[Copy link]
Post time 20-12-2022 03:08 PM | Show all posts |Read mode

Suasana dan keadaan banjir yang berlaku di Kampung Pulau Rusa Hulu. FOTO FAIZUL AZLAN RAZAK

Kuala Terengganu: "Kalau diikutkan setiap tahun kami berdepan banjir, namun tidak sebesar kali ini apabila air naik hampir dua meter. Kali terakhir banjir besar melanda pun pada 1986," kata penduduk Kampung Pulau Rusa Hulu, Abdul Mubin Embong, 57.

Abdul Mubin berkata, dia yang tinggal bersama lapan anak menyedari air mula naik pada 1 pagi semalam.

Menurutnya, kejadian berlaku begitu pantas selepas pertembungan antara air sungai dan laut pasang.


"Setakat ini, saya sembilan beranak tidak berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) selepas mendapati air semakin surut pagi ini. Bagaimanapun, saya perlu berjaga-jaga kerana difahamkan akan berlaku air pasang dijangka berlaku petang ini," katanya.

Penduduk Kampung Pulau Rusa Hilir, di sini, Wan Kamaruddin Wan Endut, 71, berkata dia menyedari air memasuki rumahnya ketika asyik menyaksikan perlawanan akhir Piala Dunia antara Perancis menentang Argentina.

Menurutnya, dia gagal menyelamatkan barangan elektroniknya yang berada di tingkat bawah kediamannya kerana arus air begitu laju.

"Saya tidak mengalihkan barangan elektronik kerana menyangka ia masih selamat. Tapi, kali ini ia berlaku di luar jangka apabila air mula masuk ke dalam rumah setinggi hampir dua meter dan hanya mampu melihat saja barangan ditenggelami banjir," katanya.

Sementara itu, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Pulau Rusa Hulu, Ismail Musa, 50, berkata hampir 1,000 penduduk kedua-dua kampung terjejas dengan banjir besar ini.

Menurutnya, hanya beberapa keluarga sahaja yang berpindah ke PPS, manakala ada yang masih tinggal di rumah masing-masing selain menumpang di rumah anak-anak dan saudara mara mereka.

"Pagi tadi air mula surut dan kita masih berjaga-jaga kerana dijangka petang ini berlaku air pasang besar. Semua penduduk juga diberikan bantuan makanan serta pertolongan terutama mangsa yang uzur dan sakit," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... besar-35-tahun-lalu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 06:52 AM GMT+8 , Processed in 0.037513 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list