CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 401|Reply: 0

[Kelantan] Bot penambang penyambung 'nyawa' penduduk lima kampung

[Copy link]
Post time 20-12-2022 03:27 PM | Show all posts |Read mode

Penduduk terpaksa menggunakan bot tambang selepas perkhidmatan feri dihentikan seketika operasinya susulan kenaikan paras air Sungai Kelantan di Kuala Krai sejak empat hari lalu. FOTO HAZIRA AHMAD ZAIDI

Kuala Krai: Arus deras Sungai Kelantan di Kuala Krai sejak empat hari lalu menyebabkan perkhidmatan feri dihentikan seketika dan digantikan dengan pengangkutan bot penambang.

Pemandu bot, Shamsuddin Abdullah, 53, berkata perkhidmatan bot penambang milik Koperasi Pasir Kelang Berhad terpaksa digunakan untuk menyeberangi sungai sejak tiga hari lalu susulan operasi feri dihentikan sementara waktu akibat kenaikan paras air sungai.

Katanya, jeti yang kebiasaannya menjadi tempat untuk penduduk menunggu feri kini sudah ditenggelami air.


"Keadaan cuaca yang tidak menentu selain hujan lebat sekali-sekala menyebabkan paras air sungai naik sekali gus sukar untuk membawa kenderaan seperti kereta dan motosikal menggunakan feri seperti kebiasaan.

"Buat masa ini, saya hanya berulang-alik lima kali sehari menggunakan bot penambang untuk menyeberangi sungai dengan jarak antara satu jeti ke satu jeti adalah kira-kira 200 meter (m) dan pada satu-satu masa hanya memuatkan lima penumpang atas faktor keselamatan.

"Bot penambang ini beroperasi bermula dari 8 pagi hingga 7 malam untuk membawa penduduk di beberapa kampung menyeberangi sungai dengan tambang RM2.

"Bagaimanapun, pada ketika ini saya hanya memberikan perkhidmatan bot penambang ini pada waktu kritikal seperti untuk keluar bekerja, membeli barang keperluan dan kes kecemasan sahaja," katanya ketika ditemui di jeti Kampung Pasir Era, di sini, hari ini.

Bapa kepada empat anak berusia 12 hingga 24 tahun ini berkata, dia yang memiliki tiga tahun pengalaman mengakui berhadapan dengan cabaran ketika musim tengkujuh berikutan arus sungai yang deras dan perlu sentiasa berwaspada bagi memastikan keselamatan penumpang.

"Setiap kali musim tengkujuh, bot penambang menjadi nadi pengangkutan utama lebih 3,000 penduduk lima kampung bagi menggantikan operasi feri bagi memudahkan urusan penduduk yang hendak berulang-alik ke bandar Kuala Krai.

"Sejak puluhan tahun lalu, feri menjadi satu-satunya pilihan penduduk untuk menyeberangi sungai susulan ketiadaan jambatan," katanya.

Penduduk Kampung Pasir Kelang Baru, Faridah Mat Salleh, 54, berkata dia yang baru sahaja dibenarkan keluar dari Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai kerana mereka rawatan penyakit kencing manis dan darah tinggi.

"Bagaimanapun, saya bersama suami, Abdullah Daud, 65, terpaksa menggunakan bot penambang menyeberangi sungai untuk pulang ke rumah.

"Walaupun berasa risau terutama apabila melihat arus sungai yang deras, kami mendapati pemandu bot penambang turut menyediakan jaket keselamatan," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... nduduk-lima-kampung

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 06:49 AM GMT+8 , Processed in 0.044859 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list