CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 349|Reply: 0

[Terengganu] Operasi bot penambang dihentikan susulan arus Sungai Terengganu deras

[Copy link]
Post time 20-12-2022 04:47 PM | Show all posts |Read mode

Bot penambang tidak dapat beroperasi berikutan cuaca tidak menentu. FOTO NAZDY HARUN

Kuala Nerus: Pengusaha bot penambang terpaksa menghentikan sementara operasi bagi menjamin keselamatan pemandu dan penumpang berikutan paras sungai Terengganu semakin tinggi dengan arus yang deras.

Pengerusi Persatuan Pemandu Bot Penambang Seberang Takir, Muhamad@mamat Ibrahim, 75, berkata langkah berkenaan diambil kerana keadaan arus dan cuaca tidak mengizinkan.

Menurutnya, limpahan air disebabkan hujan lebat mengakibatkan paras Sungai Terengganu meningkat dan amat berbahaya bagi aktiviti pengangkutan.

Katanya, kesemua 18 pemandu bot penambang mengambil langkah selamat dengan memberhentikan sementara waktu operasi antara jeti Seberang Takir ke Jeti Pasar Besar Kedai Payang.

"Penumpang sedia maklum mengenai keadaan ini dan mereka biasanya akan menggunakan kenderaan sendiri untuk ke Bandar Kuala Terengganu apabila mengetahui perkhidmatan bot dihentikan ketika ini.

"Tindakan menghentikan operasi ini lebih baik dilakukan awal kerana kami sebagai pengusaha bot lebih mementingkan keselamatan pengguna," katanya.

Pemandu bot, Razali Abd Ghani , 72, berkata arus deras ditambah cuaca hujan boleh membahayakan keselamatan penumpang maka langkah menghentikan operasi adalah wajar pada musim ini.

"Walaupun berpengalaman puluhan tahun meredah sungai membawa penumpang, sebarang risiko perlu dinilai lebih awal bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

"Paras air sekarang amat tinggi, malah arus juga deras dan operasi sudah dihentikan sejak tiga hari lalu selain ditambah dengan kekurangan penumpang," katanya.

Pemandu bot lain, Wan Muhamad Alif Muhaimi Othman, 27, berkata pengalaman dimilikinya digunakan sebaiknya dengan mengambil keputusan tidak beroperasi buat masa ini.

"Sudah tiga hari bermula Ahad lalu, kami tidak beroperasi kerana hujan berterusan selain arus sungai dan paras sungai yang tinggi.

"Memandangkan keadaan cuaca sekarang tidak menentu membolehkan kami memeriksa atau membaiki bahagian bot yang mengalami masalah," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ai-terengganu-deras

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 06:52 AM GMT+8 , Processed in 0.052881 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list