|
Yang Dipertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah ketika membeli kuih pulut panggang dan sata, selepas membuat lawatan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SK Beserah. FOTO FARIZUL HAFIZ AWANG
Kuantan: "Sepanjang empat tahun berniaga, hari ini paling istimewa apabila Yang di-Pertuan Agong singgah membeli satar dan pulut panggang di gerai saya," kata Noraini Saleh, 42, yang berniaga di depan rumahnya di Beserah, di sini.
Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah diiringi Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah melawat pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Beserah, di sini, sebelum singgah di gerai berkenaan.
Noraini berkata, dia terkejut dan tidak menyangka baginda akan singgah membeli di gerainya yang terletak berhadapan dengan PPS berkenaan.
"Sebaik keluar dari pintu PPS, kereta yang dinaiki Tuanku berhenti betul-betul di depan gerai kami lalu baginda turun dan memberitahu mahu rasa satar dan pulut panggang," katanya.
Katanya, dia berniaga satar dan pulut panggang sejak empat tahun lalu menggunakan resepi ibunya selain turut dibantu suami, Saiful Shari, 38, dan dua anaknya.
"Suami bekerja sebagai anggota tentera dan saya berniaga kecil-kecilan bagi menampung perbelanjaan selain kos rawatan saya kerana menghidap penyakit SLE (Sistemik Lupus Eritematosus)," katanya.
Sementara itu, Saiful berkata, dia juga terkejut apabila baginda singgah di gerai isterinya dan kebetulan dia membantu isterinya berniaga ketika itu.
"Saya bertugas di Kem Batu 10 dan kebetulan Pemangku Raja Pahang pernah menjadi Pegawai Pemerintah di kem terbabit, dan dia masih mengenali saya dan kebetulan juga pegawai atasan saya juga ada mengiring baginda," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -pelanggan-istimewa |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|