CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7861|Reply: 36

Lelaki Tua Tak Berkaki, Bebola Api & Wanita di Tengah Hutan

[Copy link]
Post time 11-11-2010 05:40 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by walinongsari at 14-11-2010 15:13

Kredit untuk web fazamania.com

Ketika itu saya masih belajar di Tingkatan 6, Sek Men King Edward VII. Setiap hari saya berulang alik dari kampung saya di Batu Kurau ke Taiping. Perjalanannya lebih kurang 35 minit dengan motosikal dan sejam lebih dengan bas. Jaraknya tidaklah terlalu jauh tetapi jalan yang menghubung kedua tempat ini yang menjadikan perjalanannya agak lama. Jalanrayanya ‘seperti ular kena palu’ dan di kiri kanan pula hutan tebal yang tak berpenghuni. Bagi saya dengan jiwa remaja pada ketika itu, jalanraya ini merupakan trek yang cukup mencabar untuk lap dan lumba motor dengan kawan-kawan. Kadang-kadang tempat letak kaki akan bergeser pada jalan dan mengeluarkan api.

Sebenarnya jalanraya tunggal yang menghubung Batu Kurau dan Taiping ini mencatat banyak kisah-kisah seram. Abang saya sendiri yang bekerja sebagai pemandu teksi pernah terserempak dengan babi putih yang melintas jalan dan pernah juga bebola api menyala-nyala di depan cermin teksinya. Abang saya sendiri jika sudah lewat malam sedangkan tidak ada penumpang yang ingin balik ke Batu Kurau maka dia akan tidur saja dimana-mana masjid atau dalam teksinya sendiri. Begitu juga dengan pemandu-pemandu teksi yang lain dengan cerita mereka masing-masing. Ada yang tiba-tiba melihat basikal tua yang ditunggangi lelaki tua yang tak berkaki memotong dengan laju. Ada yang pernah nampak wanita sambil mendukung anak menahan teksi ditengah-tengah hutan tempat yang memang tak ada rumah sebijipun dan berbagai cerita-cerita lain. Kebetulan pada masa itu ayah dan abang saya juga bekerja sebagai pemandu teksi, jadi hubungan saya dengan pemandu-pemandu lain agak rapat. Bolehlah sembang-sembang kongsi pengalaman.

Pada suatu hari, setelah habis kelas tusyen di Taiping saya dan beberapa orang kawan berjalan-jalan hinggalah ke lewat malam. Kawan-kawan saya tu semuanya orang Taiping. Jadi tidak ada masalah untuk pulang. Yang jadi masalahnya ialah saya sendiri. Nak balik dengan motosikal memang sesuatu yang diluar perancangan saya, jadi sayapun ke Masjid. Ketika sedang termenung di tempat letak motor di kawasan masjid, tiba-tiba datang seorang lelaki yang umurnya sekitar 30an menghampiri saya. Badannya besar dan amat tinggi. Saya ni memang seorang yang peramah, pantang jumpa siapa saja tentu saya akan menyapa dan bersembang.

Lelaki tadi memang agak peramah. Setelah bertegur sapa, lelaki yang tinggal di Selama, Perak itu mula menceritakan maksud kedatangannya ke Taiping. Ada perjumpaan MLM ( Multi Level Marketing) katanya. Sepatutnya majlis habis awal tetapi kerana beberapa sebab meetingnya habis agak lambat. Sekarang ni memang tak berani dia nak balik ke Selama. Pekan Batu Kurau ni berada di tengah-tengah antara Taiping dan Selama. Bayangkanlah nak balik ke Selama ditengah-tengah malam dengan motosikal. Memang tak pernah orang buat (pada masa itu; sekarang jalanrayanya dah banyak perubahan dan semakin banyak penempatan di jalanan. Kalau dulu memang hutan rimba). “Kalau nak balik Selama terus memang tak berani, tapi kalau boleh ke Batu Kurau dulu, tentu esok saya boleh balik awal pagi dan sampai lebih awal. Sayapun ada urusan penting pagi esok”. Katanya dengan nada garau seolah meminta perhatian dan simpati. “Macam nak minta tumpang tidur rumah aku saja” Fikir saya dalam hati.

Saya sengaja buat-buat tak faham. Bukan tak kesian, tapi sayapun baru saja mengenalinya, tak tahu lagi hati budinya takkan nak jadikan dia sebagai teman untuk balik ke Batu Kurau yang akan melintasi hutan rimba. Tambahan malam pula, perjalanannya tentu sejam lebih. Diapun mula mengolah berbagai bentuk ayat supaya saya faham maksudnya tetapi tetap saya buat-buat tak faham.

Akhirnya setelah agak kecewa, diapun terdiam. Tiba-tiba dengan dia memandang ke arah saya dengan renungan tajam. Matanya bersinar seolah-olah marah dan pandangannya amat menyeramkan. Perlakuannya itu menimbulkan seribu rasa dan kejutan. Saya pun terus hentakkan pedal motor untuk hidupkan enjin (pada masa tu memang kami bersembang di atas motosikal masing-masing) dan saya terus pulaskan minyak lalu terus memecut menghala ke rumah saya. Sedar-sedar saja saya dah berada ditengah-tengah kawasan hutan. Sekali-sekala saya menoleh ke belakang kalau-kalau ada motosikal yang mengekori saya. Namun tidak apa-apa dan bayangan lelaki tersebut juga tidak kelihatan. Saya yang dari tadi meremang sejuk terus menyambung perjalanan sambil berdoa dijauhi perkara-perkara tidak dingini. Sehinggalah saya sampai di rumah saya menganggap itu semua dugaan Allah s.w.t. Bagi saya ia adalah pengalaman yang memang menyeramkan apa bila teringat wajah lelaki tadi...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2010 05:55 PM | Show all posts
alhamdulillah dia berjaya melpaskan diri dari lelaki itu..
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2010 06:04 PM | Show all posts
cerita hantu ka cerita pasal lelaki kena ngorat dengan lelaki?? pelikk......
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2010 06:09 PM | Show all posts
awat la tempek cerita sekerat..jenuh nak bayangkan apa seterusnya terjadi...hahaha..
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2010 09:18 AM | Show all posts
aku kurang paham apa yg nk disampaikan.......
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2010 09:41 AM | Show all posts
hihihi..
cite yg yg tiada kesudahan...
hampeh...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-11-2010 10:53 AM | Show all posts
err,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2010 01:17 AM | Show all posts
lagi???????????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2010 01:30 AM | Show all posts
mane sambungannye.......
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2010 01:46 AM | Show all posts
hohoho...byk betoi antoo kat tepen kekdahnya.....
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2010 10:14 AM | Show all posts
continue pls.........................................................
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2010 01:27 PM | Show all posts
apa nih.....? hishhh
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2010 03:44 PM | Show all posts
aikk! tu je ke? lain takde....
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2010 03:54 PM | Show all posts
tue je ke..

ade sambungan ke..
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2010 08:31 PM | Show all posts
cerita hantu ka cerita pasal lelaki kena ngorat dengan lelaki?? pelikk......
aiskrimvanilla Post at 11-11-2010 10:04


Aku pun pikir mcm tu jugak.
Hahaha.


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2010 09:00 AM | Show all posts
hehehe citer ni tak sampai maksud la...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2010 10:02 AM | Show all posts
tt copy n paste cita ker?
ni bagi kredit kat web fazamania.com....:re:
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2010 01:17 PM | Show all posts
lelaki tu manusia ke hantu?????
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2010 01:28 PM | Show all posts
entah sapo la nak menjawap segala persoalan..fazamania ker..??
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2010 10:02 AM | Show all posts
skolah KE?? hurmm...nak kene selidik sapa tuan punya bodi nyer citer nih
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 08:09 AM GMT+8 , Processed in 0.055358 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list