Edited by adila39 at 20-12-2022 11:44 PM
Anda dijemput untuk meletakkan puisi ciptaan anda, dan semua yang free bolehla menterjemah maksud yang tersirat. Untuk setiap Puisi - tafsiran atau takwil anda yang mana paling tepat akan menjadi pemenang.
Untuk setiap puisi anda, mod akan pm untuk bertanyakan siapa yang paling tepat dan paling hampir.
Jom meriahkan balik bod ni
Penilaian akan dibuat untuk setiap Puisi - terjemahan. Dan akan diumukan pemenang dan seterusnya puisi terbaru di thread terbaru
Untuk setiap Puisi sila hantarkan kepada Mod @Catpaw @adila39
untuk permulaan saya mulakan - puisi yang saya ambil dari Karya terbaik samaada english atau bahasa...so for vol 1 saya ambil dari usman awang je la... Hopefully you all bersemangatlah nak share puisi ya d#1 Dan boleh kita sama sama ulas.
Note penting
- Puisi anda yang bakal di buka sebagai thread vol 2 dan seterusnya
- Hadiah :
- kredit + 50
PUISI VOL 1 -
Akan kupintal buih-buih
menjadi tali mengikatmu Akan kuanyam gelombang-gelombang
menjadi hamparan ranjang tidurmu Akan kutenun awan-gemawan
menjadi selendang menudungi rambutmu Akan kujahit bayu gunung
menjadi baju pakaian malammu Akan kupetik bintang timur
menjadi kerongsang menyinari dadamu Akan kujolok bulan gerhana
menjadi lampu menyuluhi rindu Akan kurebahkan matari
menjadi laut malammu
menghirup sakar madumu Kekasih,
hitunglah mimpi
yang membunuh realiti
dengan syurga ilusi.
|