CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 299|Reply: 0

[Terengganu] 6 sungai lepasi paras bahaya di Terengganu

[Copy link]
Post time 21-12-2022 10:49 AM | Show all posts |Read mode

GAMBAR HIASAN

Setiu: Paras air di enam sungai di Terengganu masih melepasi paras bahaya.

Setakat 9 pagi, tiga lagi sungai dan satu sungai masing-masing melepasi paras amaran dan paras waspada.

Berdasarkan laman web rasmi Public InfoBanjir Jabatan Pengairan dan Saliran, Sungai Nerus di Kampung Langkap, Setiu, melepasi paras bahaya dengan bacaan 21.06 meter (m).


Sungai Telemong di Kuala Ping, Hulu Terengganu yang mencatatkan bacaan 19.86 m juga direkodkan melepasi paras bahaya.

Turut melepasi paras bahaya adalah Sungai Nerus di Kampung Jeram, Kuala Nerus (4.62 m), Sungai Marang di Jambatan Pengkalan Berangan, Marang (2.79 m) dan Sungai Dungun di Jambatan Jerangau, Dungun (13.46 m).

Sungai Kemaman di Rumah Pam Paya Paman, Kemaman, turut mencatatkan bacaan melepasi paras bahaya iaitu 4.98 m.

Sementara itu, tiga sungai yang melepasi paras amaran adalah Sungai Nerus di Kampung Bukit, Setiu (13.15 m), Sungai Peneh di Felda Mengkawang, Hulu Terengganu (37.16 m) dan Sungai Terengganu di Muzium Terengganu, Kuala Terengganu (2.09 m)

Selain itu, Sungai Setiu di Jambatan Permaisuri, Setiu berada pada paras waspada dengan bacaan 7.92 m.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ahaya-di-terengganu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 06:43 AM GMT+8 , Processed in 0.086708 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list