CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 328|Reply: 0

[Kelantan] Seramai 800 penduduk terputus hubungan akibat tanah runtuh

[Copy link]
Post time 21-12-2022 12:36 PM | Show all posts |Read mode

Keadaan laluan penghubung ke Pos Balar yang kini dipenuhi kesan tanah runtuh yang menyebabkan penempatan penduduk di situ terputus jalan perhubungan dengan luar.

GUA MUSANG: Kejadian tanah runtuh yang berlaku di laluan menuju ke perkampungan Orang Asli suku kaum Temiar dekat Pos Balar di sini semalam, menyebabkan penduduknya itu kini terputus jalan penghubung dengan luar.

Runtuhan yang berlaku kira-kira jam 1 tengah hari itu, menyebabkan menjejaskan kehidupan kira-kira 800 penduduk di perkampungan terbabit.

Penduduk Pos Balar, Rayes Angah, 20, berkata dia bersama beberapa penduduk kampung melihat pergerakan tanah dan batu yang turun dan menyebabkan pokok tumbang dari atas Bukit Beringin.

Katanya, ketika kejadian dia bersama beberapa penduduk berada berhampiran kawasan kejadian dalam perjalanan keluar ke Bandar Gua Musang


"Bunyi tanah runtuh dan pokok tumbang mengejutkan kami dan rasa cemas sekiranya kejadian itu berlaku di tempat kami berada.

"Malah semalam, tiga buah kenderaan pacuan empat roda yang menghantar bekalan makanan di Pos Balar sempat melalui jalan itu sebelum berlaku runtuhan tanah.

"Syukur kami semua seramai tiga orang selamat dan terpaksa berpatah balik ke Pos Balar," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Manakala, Tok Batin Pos Balar, Alek Busu, 60, berkata, runtuhan tanah itu dipercayai berpunca daripada kejadian hujan berterusan sejak beberapa hari lalu.

Katanya, runtuhan yang berlaku meresahkan penduduk kerana bimbang akan berlaku lebih banyak runtuhan menyebabkan seramai 230 Ketua Isi Rumah (KIR) tidak dapat keluar ke bandar Gua Musang.

"Saya difahamkan sudah banyak pokok tumbang di kawasan Bukit Beringin sempadan Kampung Chahuh, Pos Belatim ke Kampung Peng, Pos Balar.

"Kami berharap pihak berwajib dapat menyelesaikan masalah jalan perhubungan desa ini, kerana itulah satu-satunya jalan untuk penduduk menghantar anak ke sekolah dan keluar untuk berurusan di Bandar Gua Musang" katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Mohd Syahbuddin Hashim, berkata pihaknya sudah menerima aduan daripada penduduk Orang Asli berkenaan kejadian berkenaan.

Katanya, buat sementara waktu kita merancang untuk membuat laluan alternatif bagi memudahkan urusan penduduk kampung.

"Setakat ini kerja-kerja pembaikan cerun dan laluan tidak dapat dilakukan kerana tanah masih basah akibat cuaca hujan.

"Kita juga menasihatkan penduduk Orang Asli supaya berhati-hati dan tidak melalui jalan berisiko yang boleh wujudnya kejadian cerun atau tanah runtuh," katanya.

https://www.bharian.com.my/berit ... akibat-tanah-runtuh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 06:24 AM GMT+8 , Processed in 0.092314 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list