CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 474|Reply: 1

[Terengganu] 'Rumah tong' selamatkan Pokwe sekeluarga daripada banjir

[Copy link]
Post time 21-12-2022 01:12 PM | Show all posts |Read mode

Pokwe bersama isterinya Patimah Salleh, 61, menyusun stok barang makanan asas untuk bekalan keluarganya bagi tempoh beberapa hari disebabkan mereka sekeluarga tidak berpindah ke PPS kerana tinggal di rumah terapung yang dibinanya sendiri di Kampung Terbak Batu 16 Chukai. - Foto Bernama


CHUKAI - Dengan hanya berbekalkan 69 tong plastik dan 54 keping papan fascia, ia menjadi sebuah rumah bersaiz 21.3 meter persegi dan setinggi 5.8 meter serta mampu terapung daripada dilanda banjir besar di Kampung Terbak Batu 16, di sini.

Pemilik rumah, A Bakar Che Ahmad yang lebih dikenali sebagai Pokwe, 67, berkata, hasil sentuhan kreatif seni bina rumah terapung itu diinspirasikan daripada ‘reban ayam terapung’ yang dibinanya pada 2019.

Pokwe yang juga bekas pembuat alatan tajam berkata ini kali pertama kediamannya yang siap dibina pada 16 Sept lepas dan dinamakan ‘Rumahku, Rakitku’ berjaya diapungkan sekali gus menyelamatkannya sekeluarga daripada banjir.

    "Rumah ini mengambil masa dalam tiga bulan lebih (untuk dibina)... rumah ini mempunyai lima bilik tidur dan dua bilik air manakala ia juga boleh menampung seberat 15 tan metrik,” katanya ketika di kediamannya pada Rabu.



Pokwe berkata, rumah itu dibina hasil titik peluh ahli keluarganya yang terdiri daripada tujuh anak serta menantunya.

Menurutnya, sebelum rumah itu siap dibina, dia sering terkesan dengan banjir di kawasan terbabit sejak tujuh tahun lepas.

"Saya sudah duduk di sini selama tujuh tahun, hanya satu tahun sahaja pada 2016 rumah kami tidak ditenggelami banjir.

"Sebelum ini, saya tidak berpindah ke PPS (pusat pemindahan sementara), saya hanya duduk di rumah saya yang lain... ia tidak jauh dari sini,” katanya.

Sementara itu, Pokwe hampir tidak percaya bahawa satu hantaran video mengenai rumahnya yang dirakam oleh seorang anaknya menerusi aplikasi TikTok meraih perhatian netizen di media sosial.

"Saya sangat gembira kerana ada yang memberi komen positif terhadap video tersebut, saya suka berkongsi kepada orang ramai supaya mereka juga turut mendapat idea untuk menyelamatkan rumah mereka.



"Saya juga sudi untuk tunjuk bagaimana kaedah pembuatan rumah ini tetapi saya buat ini lebih kurang sahaja. Kalau mereka (orang ramai) ingin buat lagi kukuh... saya boleh ajarkan,” ujarnya. - Bernama

https://www.sinarharian.com.my/a ... rga-daripada-banjir
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-12-2022 02:27 PM | Show all posts



A Bakar memantau keadaan di sekitar rumahnya menggunakan bot disebabkan beliau sekeluarga tidak berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) kerana tinggal di rumah terapung yang dibinanya sendiri di Kampung Terbak Batu 16 Chukai hari ini. FOTO BERNAMA
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 06:28 AM GMT+8 , Processed in 0.033471 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list