View: 254|Reply: 0
|
[Pahang]
'Nak balik, rumah pula banjir...'
[Copy link]
|
|
ABDUL Rani Yusof ditemani ibunya di PPS SK Cherating. FOTO Khairulmizan Yahya.
Kuantan: Seorang lelaki yang lumpuh sebahagian badan tidak sempat pulang ke rumah selepas dibenarkan keluar hospital apabila rumahnya di Kampung Pengkalan Bata, Cherating, di sini, dinaiki air dalam kejadian Ahad lalu.
Abdul Rani Yusof, 55, sebelum itu ditahan di wad Hospital Kemaman, Terengganu selama seminggu kerana mengalami lelah kronik namun dibenarkan pulang apabila keadaannya sudah stabil.
Malangnya dia tidak dapat pulang pada hari berkenaan kerana rumahnya sudah dinaiki air setinggi kira-kira 0.5 meter sebaliknya terus dihantar ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Cherating, di sini.
Katanya, dia tinggal di rumah berkenaan bersama ibunya, Yah Ismail, 77, dan sekarang mereka berdua ditempatkan di PPS berkenaan.
"Mujur juga ketika kejadian (banjir) saya dan ibu tiada di rumah, jika tidak keadaan pasti lebih sulit dengan keadaan saya begini," katanya ketika ditemui di PPS terbabit, hari ini.
Sementara itu, Yah berkata, segala urusan anak ketiga daripada lima beradik itu diuruskan olehnya dengan dibantu oleh anak dan cucunya yang tinggal berdekatan.
Menceritakan keadaan anaknya itu, warga emas itu memberitahu, anak lelakinya itu lumpuh akibat mengalami masalah saraf selepas terbabit dalam kemalangan kira-kira sembilan tahun lalu.
"Dia membonceng motosikal sebelum dilanggar sebuah kenderaan dari belakang menyebabkannya koma dan selepas sedar dari koma, dia tidak lagi dapat berjalan.
"Setakat ini kami tidak menghadapi masalah tinggal di PPS ini kerana banyak pihak yang membantu malah anak dan cucu saya yang tinggal berdekatan sering datang membantu jika diperlukan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... k-rumah-pula-banjir |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|