CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 359|Reply: 0

[Kelantan] Hantar barang niaga guna bot

[Copy link]
Post time 21-12-2022 02:06 PM | Show all posts |Read mode

MOHD Amzuri membawa cendawan tiram di Kampung Jejulok, di sini. FOTO Nik Abdullah Nik Omar.

Tumpat: Guna bot untuk hantar cendawan tiram. Itu inisiatif seorang lelaki yang meredah banjir menaiki bot untuk menghantar stok kepada pelanggan dan peraih di pasar sejak tiga hari lalu.

Mohd Amzuri Maktar, 37, mengemudi sendiri botnya membawa keluar cendawan tiram yang ditanam adik ipar, Syakila Mohamad, 26, sehingga ke tebing Kampung Jejulok, di sini.

Dia berkata, kawasan rumahnya dinaiki air sejak Isnin lalu ketika hujan lebat dan air semakin meningkat susulan limpahan dari Sungai Golok sejak semalam menyebabkan paras air mencecah satu meter tinggi di luar rumah.


"Air turut memenuhi bangsal yang memuatkan lebih 1,000 bongkah cendawan tiram dan risau tanaman itu rosak jika dibiarkan, adik ipar cepat-cepat menuainya untuk dijual.

"Hari ini hari ketiga saya membantu membawa adik ipar menghantar cendawan tiram kepada pelanggan dan peraih di pasar dengan menaiki bot," katanya ketika ditemui di sini.

Mohd Amzuri berkata, cendawan tiram yang dijual dengan harga RM12 sekilogram (kg) itu laris sebaik diletakkan di pasar namun mereka hanya membawa keluar sekitar 10 kg saja setiap kali keluar.

Tinjauan yang dibuat di jeti sementara di Kampung Jejulok mendapati ramai penduduk dari kampung sekitar antaranya, Kampung Kubang Sawa, Bendang Pak Yong, Kajang Sebidang, Teluk Jering dan Simpangan menggunakan bot penambang untuk urusan harian.

Operasi pemindahan juga dijalankan selepas limpahan air dari daerah bersebelahan mengalir sejak petang semalam apabila benteng membabitkan Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok di Kampung Tersang, Rantau Panjang, dekat sini, pecah.

Bagi Sabariha Ibrahim, 35, dia dan suami serta tiga anaknya mengambil keputusan untuk berpindah tengah hari ini kerana paras air rumah mereka semakin meningkat.

Dia berkata, di luar rumahnya, paras air sudah mencecah dua meter (m) tinggi dan bimbang berlaku sebarang kejadian tidak diingini pada waktu malam, mereka menghubungi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Tumpat untuk pemindahan.

"Rumah kami sudah dibina tinggi tapi air sudah hampir mencecah lantai pagi tadi menyebabkan kami lima beranak membuat keputusan untuk ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

"Semua barangan dalam rumah sudah dikemas sejak semalam di tempat tinggi dan diharapkan banjir kali ini tidak serius," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... rang-niaga-guna-bot
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 06:28 AM GMT+8 , Processed in 0.082856 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list