View: 318|Reply: 0
|
[Terengganu]
Isteri cekal urus suami uzur di PPS
[Copy link]
|
|
ANGGOTA Angkatan Pertahanan Awam dan tentera membantu memindahkan Nik Man Awang yang uzur di PPS SK Mangkuk, Kuala Nerus, hari ini. - UTUSAN/TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF
SETIU: Seorang isteri tetap cekal menguruskan suaminya yang uzur di pusat pemindahan sementara (PPS) setelah rumah didiami di Kampung Mangkuk di sini, dinaiki air sejak kelmarin.
Kazlina Mat Ali, 54, berkata, dia dan suami, Nik Man Awang, 55, yang hilang sebelah kaki akibat dipotong pada 2020 tidak pernah berpindah di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Mangkuk di sini sejak tinggal di kampung ini sejak 30 tahun lalu.
Bagaimanapun, katanya, musibah banjir kali ini sangat teruk berbanding sebelum ini setelah hujan berterusan tanpa henti menyebabkan kediaman mereka dinaiki air lebih 0.4 meter.
Katanya, kebiasaannya, air hanya masuk paras buku lali sahaja, namun, dalam pukul 11 pagi kelmarin, didapati arus begitu deras dan sebelum itu tidak membuat persiapan kerana di luar jangkaan banjir seteruk ini.
“Pada awalnya, tidak mahu berpindah, tetapi, memikirkan keselamatan diri terutama suami yang dalam keuzuran, kami berpindah sambil dibantu pasukan menyelamat ke PPS.
“Pihak polis datang ke rumah dan mendukung suami sehingga ke tingkat atas PPS kerana dia memang tidak boleh berjalan dan hanya bergantung kepada kerusi roda.
“Tahap kesihatan saya juga tidak berapa baik setelah diserang strok pada Mei lalu. Namun, saya akan tetap menjaga suami sambil dibantu anak perempuan yang berusia 20 tahun,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Tambah Kazlina, keadaan suaminya juga tidak menentu sejak berada di PPS sehingga terpaksa dihantar ke klinik kesihatan untuk pemeriksaan kesihatan menggunakan lori pasukan menyelamat.
“Memang agak tidak selesa di PPS tambahan pula air semakin naik di tingkat bawah. Saya hanya risaukan suami tetapi mujur ada anak saya yang banyak membantu.
“Saya dan suami memang ada sakit kencing manis dan darah tinggi. Walaupun serba kekurangan, sekurang-kurangnya mudah menerima bantuan di sini,” jelasnya.-UTUSAN
https://www.utusan.com.my/berita ... -suami-uzur-di-pps/ |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|