CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 310|Reply: 0

[Kelantan] Redah banjir demi Molly, Leo, Louise, Lumy dan Sammy

[Copy link]
Post time 21-12-2022 04:07 PM | Show all posts |Read mode

ANTARA kucing yang diselamatkan Ahmad Tarmizi. FOTO ihsan Ahmad Tarmizi Ibrahim

Pasir Mas: Mangsa banjir, Ahmad Tarmizi Ibrahim, 30, sanggup bergadai nyawa meredah air demi menyelamatkan tujuh kucing yang terperangkap di kedainya.

Pengusaha kedai haiwan peliharaan, hotel dandanan kucing di Tendong, Pasir Mas itu berkata, dia mengetahui premis perniagaannya yang terletak bersebelahan dengan Sungai Kelantan dinaiki air kira-kira 8 malam, Ahad lalu selepas seorang jiran memaklumkan situasi terbabit menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Katanya, dia tiba lewat di kedai kira-kira 10 malam kerana perlu menghantar bayinya yang berusia dua bulan ke klinik terlebih dulu akibat masalah kesihatan.


"Sepanjang di klinik hati saya tak tenteram risau fikirkan nasib kucing. Hendak minta staf tolong tengokkan tidak sampai hati kerana rumah mereka juga banjir.

"Walaupun memikirkan macam-macam hal termasuk soal keselamatan, tetapi saya gagahkan diri ke kedai seorang diri selepas selesai urusan anak kerana sedar ada nyawa perlu diselamatkan.

"Kalau ikutkan memang tak boleh keluar sebab air tinggi tetapi saya pergi ambil kucing dengan memandu kenderaan pacuan empat roda," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Ahmad Tarmizi berkongsi misinya menyelamatkan kucing berkenaan di TikTok hingga video terbabit meraih lebih 420,000 tontonan.

Dia berkata, sebelum banjir kedainya menempatkan 15 ekor kucing termasuk enam miliknya, namun dua hari sebelum banjir dia meminta pelanggan datang mengambil kucing masing-masing dan hanya seorang tidak sempat datang.

"Apabila sampai kedai saya tengok kucing sudah panjat tempat tinggi kerana air pada waktu naik paras buku lali. Ada juga duduk atas sangkar manakala kucing pelanggan berada dalam bilik hotel bahagian atas.

"Saya rasa lega Molly, Leo, Louise, Lumy, dua lagi anak kucing berusia empat bulan serta seekor kucing pelanggan, Sammy selamat tetapi pada masa sama sedih apabila kucing itu pandang dan mengiau seolah-olah mengadu dan meminta diselamatkan," katanya terpaksa meletakkan kucing itu di kedai kerana isterinya masih berpantang.

Katanya, kawasan kedai itu jarang dinaiki air dan kali terakhir banjir melanda pada 2014.

"Saya bersyukur semua selamat. Kucing pelanggan, Sammy pun sudah dihantar ke pemiliknya, Isnin lalu.

"Buat sementara ini, saya letak semua kucing saya di hotel kucing kawan saya kerana kawasannya tidak dinaiki air," katanya.

Menurutnya, dia menganggap musibah itu sebagai hikmah selain berharap bencana yang melanda negeri itu terkawal dan berakhir dengan segera.

"Memang sedih juga banyak barang macam makanan dan pasir kucing rosak ditenggelami air.

"Saya juga terpaksa membatalkan tempahan pelanggan, namun saya reda dengan ujian ini.

"Walaupun air sudah surut dan kedai juga sudah dibersihkan tetapi kami tetap berjaga-jaga bimbang air naik lagi," katanya yang menganggarkan kerugian kira-kira RM3,000.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... uise-lumy-dan-sammy
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 06:52 AM GMT+8 , Processed in 0.033290 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list