CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 278|Reply: 0

[Terengganu] 62 kawasan di Terengganu masih tiada bekalan elektrik

[Copy link]
Post time 21-12-2022 04:39 PM | Show all posts |Read mode


KUALA TERENGGANU : Sebanyak 62 kawasan di seluruh Terengganu masih tiada bekalan elektrik setakat pukul 2 petang, hari ini.

Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam satu kenyataan memberitahu, daripada jumlah itu, 23 kawasan ialah di Al Muktafi Billah Shah, Dungun; Besut (19), Kuala Berang (10), Dungun (enam) Kuala Terengganu (tiga) dan Setiu (satu).

Bagaimanapun, menurutnya, usaha-usaha sedang giat dijalankan bagi memastikan bekalan elektrik di kawasan-kawasan terlibat dapat disalurkan secara berperingkat, bergantung kepada akses dan keadaan setempat.

“Setakat pukul 10 pagi tadi, beberapa kawasan di Kuala Terengganu, Setiu, Kuala Berang, Besut dan Al-Muktafi Billah Shah telah mula menerima bekalan elektrik,” menurut kenyataan itu, hari ini.

Selain itu, orang ramai juga dinasihatkan agar tidak bimbang sekiranya masih belum menerima bekalan elektrik walaupun banjir di persekitaran kawasan kediaman mereka sudah surut.

“Besar kemungkinan pencawang elektrik yang menyalurkan bekalan elektrik ke kawasan tersebut masih belum benar-benar selamat untuk diaktifkan.

“TNB terpaksa menutup bekalan elektrik ini demi memastikan keselamatan semua penduduk di kawasan terlibat,” tambahnya.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelak daripada memijak kawasan yang berair sekiranya terdapat talian elektrik terputus atau jatuh di atas tanah.

“Sentiasa waspada dengan hujan lebat dan keadaan berisiko banjir. Jauhi pepasangan elektrik yang terendam air banjir kerana dikhuatiri berlakunya kebocoran arus,” ujarnya. – UTUSAN

https://www.utusan.com.my/nasion ... a-bekalan-elektrik/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 06:27 AM GMT+8 , Processed in 0.031767 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list