CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 309|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Maut selepas bergaduh ketika mabuk

[Copy link]
Post time 24-12-2022 11:13 AM | Show all posts |Read mode
Johor Bahru: Lelaki ditemukan maut selepas dipercayai bergaduh dengan seorang lelaki lain ketika kedua-duanya mabuk di Jalan Sungai Segget di sini, semalam.

Dalam kejadian 9.40 malam itu, lelaki warga tempatan berusia 50-an terbabit ditemukan parah di atas jalan raya dan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, orang awam berjaya membantu menahan seorang lelaki tempatan berusia 34 tahun yang dipercayai bergaduh dengan mangsa sebelum diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.


Katanya, semakan ke atas suspek mendapati dia mempunyai lima rekod jenayah lampau dan dua rekod dadah.

"Hasil siasatan awal mendapati berlaku pertengkaran mulut antara suspek dan mangsa ketika kedua-duanya dalam keadaan mabuk.

"Suspek dipercayai memukul mangsa di bahagian muka dan kepala menggunakan tangan dan kakinya.

"Akibat pergaduhan itu, mangsa parah di bahagian muka dan kepala," katanya.

Menurut beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pada masa sama, Raub mengucapkan terima kasih atas kerjasama orang awam yang bertindak pantas dalam membantu menahan suspek sehingga kes itu dapat diselesaikan dalam masa kurang 24 jam.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... rgaduh-ketika-mabuk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 02:14 AM GMT+8 , Processed in 0.088030 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list