View: 278|Reply: 0
|
[Pahang]
500 kilogram ikan diagih percuma
[Copy link]
|
|
Orang ramai datang untuk mendapatkan ikan percuma pada Program Amal 1Rumah 1Kg Ikan, di Batu Tiga, Kuantan. NSTP/Khairulmizan Yahya
KUANTAN: Mahu berkongsi rezeki, sebuah syarikat penapis air mengagihkan 500 kilogram (kg) ikan secara percuma kepada penduduk di sekitar daerah ini, petang semalam.
Program Amal 1Rumah 1Kg Ikan itu adalah inisiatif syarikat Hijrah Water Sdn Bhd (Hijrah Water) dan diadakan di pekarangan pusat servis kereta DC Inspiring, dekat Batu Tiga, Jalan Kuantan–Gambang, di sini.
Pengerusi Hijrah Water, Mohamad M Said, berkata program itu adalah sebahagian daripada program tanggungjawab sosial (CSR) syarikat berkenaan.
"Tahun ini, syarikat memperuntukkan sebanyak RM500,000 untuk melaksanakan program CSR di seluruh negara termasuk mengagihkan barangan keperluan secara percuma kepada orang ramai.
"Sebelum ini kita ada agihkan beras, ayam dan barangan keperluan di negeri lain manakala di negeri ini, kami menyediakan 500kg ikan dan setiap wakil keluarga mendapat satu kg," katanya ketika ditemui media pada program berkenaan.
Hijrah Water adalah syarikat Bumiputera yang menawarkan produk penapis air yang mendapat pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Dalam pada itu, Pengarah Urusan DC Inspiring, Awaludin Abdullah, berkata kerjasama antara syarikatnya dan Hijrah Water untuk menjayakan program itu adalah bagi memberi inspirasi kepada lebih ramai usahawan melakukan kerja CSR.
"Saya harap ini adalah permulaan dan selepas ini lebih ramai (usahawan) akan menganjurkan program seumpama ini untuk membantu rakyat yang terkesan akibat keadaan ekonomi ketika ini.
"Kami juga sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak untuk menganjurkan program CSR pada masa akan datang," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... ikan-diagih-percuma |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|