View: 301|Reply: 0
|
[Pahang]
Sebanyak 1,220 premis di seluruh negara kurang bekalan telur ayam, minyak masak, tepung gandum
[Copy link]
|
|
Fuziah (kanan) meninjau bekalan barangan di bawah SHMMP Krismas di sebuah pasar raya di Kuantan. NSTP/Khairulmizan Yahya
KUANTAN: Sekurang-kurangnya 1,220 premis di seluruh negara menghadapi masalah kekurangan bekalan membabitkan telur ayam, minyak masak paket dan tepung gandum.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fuziah Salleh, berkata data berkenaan diperoleh sepanjang pelaksanaan Ops Terjah bermula 16 Disember lalu.
"Sebanyak 4,730 premis di seluruh negara diperiksa sepanjang Ops Terjah dan 1,220 premis didapati mempunyai masalah kekurangan bekalan komiditi berkenaan," katanya pada sidang media selepas melaksanakan pemantauan pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Krismas di beberapa lokasi di daerah ini, hari ini.
Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia negeri, Sim Chon Siang.
Fuziah berkata, melalui dapatan daripada Ops Terjah itu, pihaknya akan mengambil langkah perlu untuk memastikan kestabilan bekalan barangan di pasaran.
"Data yang diperoleh ketika pelaksanaan Ops Terjah akan dianalisa untuk memastikan sama ada masalah kekurangan bekalan berlaku secara menyeluruh atau mengikut lokasi.
"Selain itu, kita juga mahu mengenal pasti kecekapan penyaluran atau pengedaran bekalan daripada pengeluar kepada pembekal atau pemborong sebelum sampai kepada peruncit dan pengguna," katanya.
Sementara itu, Fuziah berkata, sebanyak 1,008 premis di seluruh negara diperiksa sepanjang tiga hari pelaksanaan SHMMP Krismas.
"Namun, setakat ini tiada aduan atau kes yang dihasilkan, tetapi pemantauan dan pemeriksaan akan diteruskan sehingga pelaksanaan SHMMP Krismas berakhir pada Selasa depan," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... -bekalan-telur-ayam |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|