CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 310|Reply: 0

[Terengganu] 74 sekolah di Terengganu dilanda banjir - JPNT

[Copy link]
Post time 26-12-2022 05:03 PM | Show all posts |Read mode

Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Rusa Hilir di sini antara sekolah yang terkesan teruk dianda banjir di Terengganu.- Foto NSTP/Faizul

KUALA TERENGGANU: Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) mengesahkan sebanyak 74 sekolah menengah dan rendah dilanda banjir yang berlaku di seluruh negeri ini.

Pengarah JPNT, Abdul Muie Ngah, berkata daripada jumlah itu ia membabitkan 61 sekolah rendah dan 13 sekolah menengah.

Bagaimanapun, beliau berkata semua sekolah berkenaan sudah pulih dan dalam proses pembersihan.

"Bencana yang melanda negeri ini mengakibatkan beberapa kerosakan berlaku di sekolah terbabit antaranya komputer, komputer riba, buku teks, kerusi dan meja.


"Kerja-kerja pembersihan juga sudah dilakukan terhadap semua sekolah yang terkesan dengan dibantu dengan bantuan sukarelawan pelbagai agensi.

"JPNT berterima kasih kepada bantuan sukarelawan pembersihan diberikan antaranya pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), JPNT, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), badan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat sekitar," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Abdul Muie berkata, pihaknya akan mengambil lebihan kerusi dan meja dari sekolah lain untuk dihantar ke sekolah yang memerlukan manakala KPM pula akan membuat penggantian segera membabitkan buku teks yang rosak.

"Selain itu, komputer dan komputer riba yang rosak akan diganti oleh pihak syarikat yang memberi sewaan kepada sekolah berkenaan.

"JPNT juga menerima banyak bantuan dalam pelbagai bentuk terutama KPM, kerajaan negeri, NGO serta agensi swasta dan kerajaan," katanya.

Dalam pada itu, Abdul Muie berkata sepanjang banjir yang melanda negeri ini juga, sebanyak 143 sekolah dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh Terengganu.

Beliau berkata, hasil maklumat yang JPNT terima, setakat jam 10 pagi tadi sebanyak 135 sekolah yang dijadikan PPS sudah ditutup.

"Daerah Hulu Terengganu paling banyak sekolah dijadikan PPS iaitu 17 sekolah diikuti Dungun (11), Setiu (10), Besut (9), Kuala Nerus (8), Kuala Terengganu (8), Kemaman (7) dan Marang (4)," katanya.

https://www.bharian.com.my/berit ... dilanda-banjir-jpnt
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 02:24 PM GMT+8 , Processed in 0.360147 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list