CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 246|Reply: 0

[Kelantan] Barangan musnah, rumah tenggelam hingga paras bumbung

[Copy link]
Post time 27-12-2022 01:23 PM | Show all posts |Read mode

NIK Mohammad Nor bersama Nik Abdul Aziz bergotong-royong membersihkan kawasan rumah. FOTO Nik Abdullah Nik Omar

Rantau Panjang: Seorang pemuda terpaksa menenangkan ibunya yang kesedihan apabila harta benda di rumah orang tuanya itu musnah 100 peratus kerana ditenggelami banjir baru-baru ini.

Nik Mohammad Nor Nik Man, 31, berkata ibunya meninggalkan rumah untuk berjumpa anak di Kuala Lumpur sebelum dikejutkan dengan bah besar yang mencecah paras bumbung sekali gus memusnahkan keseluruhan perabot, perkakas elektrik dan pakaian.

Katanya, kesemua barangan tidak dapat diselamatkan dan terpaksa dibuang kerana rosak serta bersalut lumpur tebal selepas ditenggelami selama hampir seminggu.


"Ibu, Che Minah Awang Senik, 63, terperangkap di Kuala Lumpur dan tidak dapat pulang menjenguk rumahnya kerana jalan utama untuk ke Rantau Panjang juga sudah tidak boleh dilalui. Saya sendiri melihat dia gelisah menantikan peluang untuk pulang ke kampung.

"Kami pulang ke sini Sabtu lalu dan raut wajahnya jelas menunjukkan ibu sedih melihat kesan rumahnya yang digenangi banjir, lebih-lebih lagi keadaan di dalam rumah yang berselerakan.

"Saya dan adik beradik yang lain mengambil masa beberapa hari untuk membersihkan rumah ibu selain sentiasa menenangkannya supaya bersabar serta menganggap ini sebagai ujian Allah," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Gual To'Deh, di sini, hari ini.

Tinjauan hari ini, mendapati penduduk di penempatan rendah di sekitar Kampung Gual Periok, Kampung Gual Nibong, Kampung Bakat dan Kampung Tersang, di sini, sedang sibuk membersihkan rumah selepas kediaman mereka digenangi air selama hampir seminggu.

Nik Mohammad berkata, rumah ibunya sebelum ini bebas banjir dan mula turut menjadi mangsa dipercayai selepas pembinaan benteng di sungai berdekatan penempatannya.

"Kali pertama rumah ibu dilanda banjir adalah pada Februari lalu, dan seterusnya adalah minggu lalu. Selain itu, banjir kali ini lebih besar sehingga hampir menenggelamkan kediaman di sini.

"Saya berharap pihak berwajib mengambil tindakan segera supaya bah luar biasa tidak berlaku lagi selain berdoa semoga ibu terus kuat menghadapi ujian ini," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ingga-paras-bumbung
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 02:25 PM GMT+8 , Processed in 0.247361 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list