CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 387|Reply: 0

[Terengganu] Bersih rumah dalam keadaan masih digenangi banjir

[Copy link]
Post time 28-12-2022 03:55 PM | Show all posts |Read mode

Sani Mamat, 44, membersihkan ruang dalam kedai kopi dan kedai runcitnya yang dinaiki air sehingga 1.5m semasa banjir lalu ketika ditemui di Kampung Bendang Pak Yong. NSTP/SITI ROHANA IDRIS

TUMPAT: Memasuki hari ke-10 banjir melanda kampung sekitar Pengkalan Kubor di sini, penduduk kini mula membersihkan rumah masing-masing, walaupun ada kawasan sekitar masih digenangi air.

Walau ada rumah masih digenangi air, namun kerja pembersihan dan membuang segala sampah sarap dibawa banjir tetap dibuat, malah sudah ada pengunjung singgah minum di kedai kopi ketika pemiliknya masih sibuk 'menyental' lantai.

Bagi pemilik kedai kopi di Kampung Bendang Pak Yong, Sani Mamat, 44, kerja pembersihan premisnya baru dimulakan hari ini kerana air mulai surut dan hanya di hadapan kedai sahaja masih digenangi air sedalam 0.3 meter (m).

Sani berkata, kerja pembersihan memang memenatkan dan biasanya dia mengambil masa sekitar tiga hari untuk menjadikan premisnya bersih kembali dan beroperasi seperti biasa.


"Banyak sampah sarap yang perlu dibuang selepas terperangkap dalam kedai kerana banjir menenggelamkan ruang dalam kedai saya sehingga sedalam 1.5m.

"Memandangkan kedai saya turut menjual barangan runcit, urus niaga tetap berjalan walau pun air memenuhi perkarangan dan orang kampung datang menaiki bot membeli barang terutamanya makanan kering melalui tingkap rumah saya," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Sani berkata, pengalaman setiap tahun berdepan dengan banjir menyebabkan di membuat persiapan awal yang mana segala barangan jualan dibawa ke dalam rumahnya yang agak tinggi.

Bagaimanapun bagi peralatan untuk jualan kedai kopi, kebanyakannya dikumpul dalam bekas dan diletakkan dalam ruang premis itu menyebabkan kebanyakannya dipenuhi selut dan rumput rampai yang dibawa air banjir.

"Memang agak penat untuk membersihkan semua kotoran ini dan ia tidak akan siap dalam masa satu hari namun setiap tahun, situasi ini yang sering kami alami," katanya.

Tinjauan yang dibuat di sekitar Kampung Bendang Pak Yong mendapati masih banyak lokasi yang digenangi air dan sampan atau bot belum lagi disimpan kerana 'edah" banjir di Kelantan masih belum tamat.

Bagi Siti Zabidah Abdullah, 59, pula, sejak semalam dia berulang alik dari rumah anak saudaranya yang ditumpang sepanjang banjir untuk balik ke rumahnya bagi membersihkan rumah yang dinaiki air mencecah 1.0m.

Dia berkata, hari ini dia kembali lagi ke rumahnya untuk membersihkan kedai kopinya yang bersambung dan berhasrat untuk memulakan perniagaan pada lusa sebaik semua sudah dibersihkan.

"Semalam seharian saya mengemas rumah yang dinaiki air dan hari ini pula ruang dalam kedai kopi yang masih lagi digenangi air dan penuh dengan rumput rampai kerana berhampiran sawah padi.

"Sudah dua minggu kedai kopi tidak dapat dibuka disebabkan banjir dan diharapkan lusa sudah boleh berniaga semula sebelum banjir datang kembali yang dijangka 2 Januari nanti," katanya.

https://www.bharian.com.my/berit ... ih-digenangi-banjir
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 02:23 PM GMT+8 , Processed in 0.280459 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list