CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 298|Reply: 0

[Kelantan] Polis Kelantan pantau situasi semasa banjir di Thailand

[Copy link]
Post time 28-12-2022 04:30 PM | Show all posts |Read mode

Skretariat Pengurusan Bencana Banjir Kelantan merekodkan Sungai Golok di Kuala Jambu, Tumpat masih melepasi paras amaran iaitu 1.96 meter (m). FOTO Nik Abdullah Nik Omar

Kota Bharu: Polis Kelantan akan melakukan pemantauan dari semasa ke semasa mengenai situasi semasa banjir di negara jiran, Thailand bagi menghadapi gelombang ketiga banjir di negeri itu.

Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata pihaknya turut mendapatkan maklumat berkaitan banjir daripada agensi berkaitan khususnya di kawasan berdekatan sempadan Malaysia-Thailand.

"Kami mendapat maklumat dan ramalan berlaku (gelombang ketiga) awal bulan depan. Oleh itu, kami akan pantau keadaan banjir di Thailand kerana banjir baru-baru ini turut membabitkan kawasan Hatyai dan pekan Sungai Golok.

"Paras air sungai Golok turut ada kena mengena dengan banjir di Kelantan dan kami sudah bersiap sedia dari segi keanggotaan dan aset menghadapi sebarang kemungkinan," katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini semalam.

Mengulas lanjut, Muhamad Zaki berkata empat balai polis, lapan pondok Pasukan Gerakan Am (PGA) terjejas akibat banjir yang melanda negeri itu sejak 18 Disember lalu.

"Kami membuat penelitian terhadap kerosakan yang perlu dibaiki dan kos sebelum dihantar kepada Bukit Aman.

"Alhamdulillah, banjir di Kelantan setakat ini semakin pulih, hanya satu sahaja pusat pemindahan sementara masih dibuka iaitu di Pasir Mas," katanya.

Sementara itu dalam perkembangan lain, beliau berkata orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan penemuan mayat seorang mekanik dalam takungan air banjir di Kubang Kacang Sabtu lalu.

"Keputusan bedah siasat sebelum ini konsisten dengan kemalangan yang berlaku dan kematian mangsa sebagai mati mengejut," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -banjir-di-thailand
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 04:10 AM GMT+8 , Processed in 0.041498 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list